.
Apa yang saya dapat pelajari hari ini ialah sebelum kedatangan islam, wanita dipandang hina oleh masyarakat. Pada zaman jahiliyyah dahulu, bayi perempuan akan ditanam hidup-hidup kerana dikatakan bahawa mereka membawa malu kepada nama keluarga. Tetapi, setelah kedatangan Islam, Islam telah mengangkat martabat wanita lebih tinggi dan mulia. Nabi Muhammad s.a.w juga bersabda bahawa syurga terletak di bawah kaki ibu. Wanita mula di hormati dan tidak lagi ditindas dan diperhambakan oleh kemahuan lelaki. Islam datang dengan membawa rahmat kepada semua makhluk. Islam menetapkan wanita sebagai insan ciptaan Allah s.w.t. yang amat berharga. Terlalu berharga dan bukanlah seperti barang permainan atau hiasan yang boleh dibeli dan dirundingkan harganya. Jadi wanita sepatutnya bersyukur kerana Allah telah memelihara dan mengangkat martabat kita dan menjadikan diri ini begitu berharga. Jadi, peliharalah maruah dirimu wahai wanita dan tutuplah auratmu dengan sempurna kerana Allah telah mengangkat martabat kita. Aurat kita begitu berharga untuk ditayangkan kepada dunia.
Kesimpulannya, saya akan berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna dan menjadi seorang wanita yang soleh kerana kadang-kadang saya sering terlupa bahawa suara wanita itu juga adalah aurat.
AIDA KAMALIA
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang asas hubungan etnik menurut islam dari segi Al-Tafahum. Al-Tafahum bermaksud saling mengenak serta memahami secara mendalam keadaan orang lain atau dari segi istilah pula bermaksud keupayaan untuk saling memahami dan mengetahui secara mendalam keadaan orang lain. Kita hendaklah saling memahami dan menghormati perbezaan agama anatara kaum, perbezaan budaya, bahasa dan nilai kehidupan setiap kaum. Sikap saling memahami ini akan membawa kita kepada perasaan untuk bermuafakat. Persefahaman dalam hubungan etnik boleh dicapai melalui perasaan sling mengenali antara satu sama lain. Banyak kebaikan yang boleh diperoleh dari sifat al-tafahum ini. Antaranya, ia dapat menguatkan kekuatan ummah, meningkatkan keharmonian hidup, meningkatkan perpaduan antara kaum dan mengurangkan sikap rasisme dan etnosentrisme.
Maka dengan ini saya berazam untuk memupuk sifat al-Tafahum in dalam diri saya supaya saya akan sentiasa memahami serta menghormati perbezaan kaum lain dari segi agama, budaya, bahasa mahupun nilai kehidupan. Dengan sifat ini, saya juga sekaligus dpat meningkatkan keharmonian kaum serta meningkatkan perpaduan kaun di negara ini.
SITI AZRANITA
Pada hari ini saya telah mempelajari maksud
al ta’awun iaitu kerjasama, tolong menolong, dan saling bantu membantu antara
satu sama lain dalam konteks masyarakat plural. Ada 4 jenis kumpulan manusia
dalam al ta’awun, iaitu orang memberi dan meminta pertolongan, orang yang tidak
mahu menolong dan meminta pertolongan, orang yang tidak mahu memberi
pertolongan tetapi sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain dan orang yang
selalu menolong orang lain namun tidak pernah meminta balasan pertolongan
mereka.
Maka dengan ini saya berazam untuk menjadi
golongan yang ke 4 iaitu yang selalu menolong namun tidak meminta balasan
kerana saya percaya dan perpegang dengan janji Allah, bagi orang yang rajin
bersedekah adalah bahwa sedekah itu dapat menghapus dosa orang yang
mengerjakannya.
NUR AIN AMIRA
Pada hari ini saya telah peajari tentang asas hubungan etnik menurut islam dari sudut al-mahabbah. Mahabbah berasal daripada perkataan ahabba, yuhibbu, mahabbatan yang secara harifahnya bererti mancintai secara mendalam. Al-mahabbah pula bermaksud al-wadud yakni yang sangat kasih atau penyayang. Al-mahabbah sebagai asas hubungan etnik menurut islam ialah dengan bekasih sayang sesama insan. Berkasih sayang merupakan salah satu sifat kemanusiaan yang wajar disemai dan dipupuk dalam jiwa setiap anggota masyarakat. Kesan kepada al-mahabbah ialah akan mengikat hubungan kemesraan dan dengan ini menghapuskan permusuhan, perasaan hasad dengki dan iri hati.
Maka dengan ini saya berazam untuk menyemai sifat al-muhabbah yang lebih mendalam dalam diri saya supaya saya akan dapat melahirkan rasa cinta kepada diri saya sendiri, malahan juga melahirkan rasa cinta terhadap anggota keluarga,dan juga jiran tertangga yang terdiri daripada pelbagai kaum.
NURSHAMIRA
Pada hari ini, saya belajar
tentang Al-Ta’awun yang bermaksud kerjasama, tolong menolong dan saling mebantu
antara satu sama lain dalam konteks masyarakat plural. Terdapat 4 kumpulan manusia dalam Al- Ta’awun
1) Al-mu’in
wal Musta’in
Orang yang memberi
dan meminta pertolongan. Golongan ini bersifat seimbang.
2) La
Yu’in wa la Yusta’in
Orang yang tidak
mahu menolong dan meminta pertolongan. Golongan ini hidup bersendirian dan
terasing.
3) Yasta’in
wa la Yu’in
Orang yang tidak
mahu memberi pertolongan tetapi sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain.
4) Yu’in
wa la Yusta’in
Orang yang selalu
menolong orang lain namun tidak pernah meminta balasan pertolongan mereka. Golongan
ini merupakan golongan yang terbaik.
Oleh itu, saya berazam untuk
tergolong dalam kalangan golongan yang ke-empat kerana mereka selalu menolong
tetapi tidak pernah mengharapkan balasan. Saya ingin menjadi seorang yang
sentiasa menghulurkan bantuan tanpa disuruh dan tidak pula meminta balasan.
NUR AININA AIMI
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang sirah
Rasulullah dan Salafussoleh dalam Musawah. Al-Musawah membawa maksud persamaan.
Persamaan yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah mengenai persamaan taraf dan
kedudukan setiap pentadbir, pengurus ataupun setiap individu di sisi
undang-undang atau peraturan dalam memperolehi hak-hak asasi dan pada taraf
atau status kemanusiaan. Semua manusia berasal daripada satu keturunan yang sama
dan hanya berbeza dari sudut amalan, tanggungjawab dan ketaqwaan sahaja.
Firman Allah S.W.T.
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbilang bangsa dan
bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya, semulia-mulia
kamu di sisi Allah adalah orang-orang yang paling bertaqwa.”
(Surah Al-Hujurat ayat 13)
Ayat ini membawa maksud manusia adalah sama dan terikat di
sisi peraturan atau undang-undang yang syarie, tanpa sebarang pengecualian atau keistimewaan. Tiada sesiapa
yang boleh menjatuhkan taraf dan kehormatan orang lain melainkan jika ianya
dibenarkan oleh undang-undang. Islam menentang keras kewujudan sistem kasta
iaitu membezakan manusia berdasarkan warna kulit, bahasa, bangsa, budaya,
pangkat, asal keturunan dan sebagainya.
Sistem kasta mengundang pelbagai masalah terhadap
masyarakat serta mencetuskan perbalahan dan persengketaan yang mungkin
berpanjangan. Maka dengan ini saya berazam untuk bersifat musawah di kalangan rakyat Malaysia agar semua orang dapat memiliki hak yang sama dari segi undang-undang,
hukuman serta agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.