Pada hari ini, saya telah mempelajari bahawa apabila kita menceritakan aib kita kepada orang lain
sebenarnya kita sedang tidak beradab kepada Allah. Mengapa? kerana Allah yang Maha Menutup Aib cuba untuk menutup aib kita dihadapan orang ramai , tetapi kita pula meluahkan dan menceritakan aib kita kepada orang lain. Konklusinya adalah sebaik-baik tempat luahan itu adalah kepada Allah , bukan kepada makhluk yang lain kerana Allah jugalah yang akan membantu kita ,tetapi makhluk lain tidak mampu untuk membantu kita apa-apa melainkan dengan kuasa Allah juga. Dan percayalah bahawa sifat dan roh manusia itu sangat mulia kerana mereka akan sentiasa meminta ampun daripada Allah setelah melakukan dosa .(Peristiwa nabi Adam yang memohon pengampunan daripada Alla setelah termakan buah khuldi) ,berbeza dengan sifat dan roh syaitan yang suka berbangga diri dan suka melawan (peristiwa syaitan tidak mahu sujud kepada Adam dan berakhir dengan menjadi durhaka kepada Allah kerana sifat bangga dirinya).
Oleh yang demikian saya berazam untuk hanya mengadu kepada Allah bagi setiap kesulitan yang akan datang. Wallahu'alam.

AIDA KAMALIA
Pada minggu ini saya telah mempelajari tentang
Perjanjian Iblis dengan Allah SWT yang berkaitan dengan manusia. Melalui
perjanjian ini, Iblis telah berjanji kepada Allah SWT untuk merosakkan dan
mensyirikkan manusia untuk tidak beriman kepadaNya. Iblis
tiada akan pernah mengizinkan manusia untuk patuh dan bertakwa kepada Allah
karena itulah janji yang sudah dia ucapkan kepada Allah SWT. Iblis melakukan demikian kerana mereka merasakan diri
mereka sangat mulia dan menyebabkan mereka tidak mahu sujud kepada Nabi Adam sebagai
penghormatan dan bukan sebagai ibadah atau menyembah , kerana Allah melarang
hambanya untuk menyembah kepada selainNya. Penolakan tersebut membuat Allah
murka sehingga menjadikan iblis sebagai penghuni neraka selamanya dan tidak
akan pernah berada di syurga. Namun begitu, Allah telah menjadikan Al-Quran
sebagai rujukan kepada manusia supaya kita sentiasa beriman kepadaNya dan tidak
akan terpedaya dengan hasutan dan godaan Iblis untuk menyesatkan kita.
Maka dengan itu saya berazam untuk sentiasa beriman kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya dan saya akan cuba untuk tidak terhasut dengan segala godaan Iblis yang akan merosakkan diri sendiri. Saya akan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang saya dapat hingga hari ini.
SITI AZRANITA
Pada hari ini, saya telah mempelajari isi perjanjian asali
yang sebenar. Di dalam perjanjian tersebut, kita sebagai roh telah membuat
perjanjian dengan Allah bahawa Allah itu tuhan kita. Perjuangan kita yang
sebenar di dunia ini adalah untuk mengotakan janji kita kepada Allah, iaitu
mentauhidkan Allah. Maka dengan ini saya berazam untuk lebih memahami ayat-ayat
yang Allah turunkan di dalam Al-Quran agar saya lebih mengetahui apa tujuan
saya hidup di dunia ini.
NUR AIN AMIRA
Pada hari ini saya telah pelajari mengenai perkaitan hubungan masyarakat dengan perjanjian asali. Semua roh telah berjanji untuk bertuhankan ALLAH SWT tanpa paksaan. Selain itu ,mengenai hubungan sesama manusia yang mana boleh membawa kepada kesan positif dan negatif.Contoh kesan positif ialah akomodasi, akulturasa, asimilasi dan amalgamasi. Manakala contoh kesan negatif daripada hubungan antara manusia ialah prejudis, stereotypes dan juga diskriminasi., Maka dengan ini saya berazam untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik kepada ALLAH SWT sesuai dengan perjanjian asali semasa di alam roh dan cuba mengubah persepsi terhadap orang lain (orang yang baru dikenali) dan cuba menjaga hubungan baik antara keluarga, kawan-kawan dan masyarakat supaya lahirnya kesan positif dari hubungan-hubungan tersebut.
NURSHAMIRA

Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang perjanjian
asali manusia dengan Allah SWT dan mengambil pengajaran tentang dua perkara
iaitu :
1. 1) Perjuangan di muka bumi sebagai manusia dan
khalifah di muka bumi.
Perjanjian asali dikaitkan dengan
perjuangan di muka bumi sebagai seorang khalifah untuk mengotakan janji.
Perjanjian yang disebut adalah untuk mentauhidkan Allah SWT. Perjanjian asali juga
merujuk kepada seluruh umat manusia yang bersaksi bahawa tuhan kami adalah
Allah maka dengan itu, saya berazam untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai
seorang khalifah seterusnya mengajak orang lain juga untuk mengotakan janji.
2. 2) Tentang wujudnya hari pengadilan.
Manusia hidup bermasyarakat sejak di alam
roh seperti yang difahami di dalam perjanjian asali. Oleh itu, saya berazam
untuk sentiasa memaafkan sesama manusia dan sentiasa memohon maaf atas
kesilapan. Mengapa perlu tidak memaafkan dan berdendam sedangkan wujudnya hari
pengadilan kelak.
NUR AININA AIMI
Pada hari ini saya telah mempelajari kisah perjanjian iblis
dengan Allah seperti mana yang terkandung di dalam Surah Al-A’raaf, ayat 11-27.
Iblis telah melanggar perintah Allah dengan tidak bersujud kepada Nabi Adam dan
menyatakan bahawa dirinya lagi mulia daripada Nabi Adam. Kemudian Iblis berkata
bahawa dia akan menyesatkan umat Nabi Adam kecuali mereka yang mentauhidkan
Allah. Dengan apa yang telah saya pelajari pada hari ini, maka dengan itu saya
berazam untuk berusaha melawan godaan syaitan agar saya tidak terpesong dari
jalan yang diredhai Allah. Selain dari itu, saya juga akan sentiasa mengingati
kisah ini agar setiap perkara yang saya lakukan tidak akan membawa berita
gembira kepada syaitan dan sentiasa saling menjaga rakan-rakan saya agar tidak
terjerumus dalam godaan dan tipu daya syaitan.