Tuesday, 20 September 2016

REFLEKSI DIRI 20/9/2016

RAJA AMEERA


Apa yang saya dapat pelajari pada hari ini ialah semua manusia yang saya pernah berselisih di dunia ini sebenarnya merupakan roh yang berada dekat dengan saya semasa di alam roh yang lepas dan kami adalah orang yang sama-sama menyaksikan dan mengiyakan tentang keesaan Allah di alam roh. Tetapi, apabila dilahirkan di dunia, kami semua menjadi pelupa dan kurang bersyukur dan kadang kala lalai dengan duniawi dan jarang mengingati tuhan. Walaupun dalam solat sekalipun, kadang-kadang sukar untuk menumpukan perhatian untuk hanya mengingati Allah sahaja kerana fikiran melayang kepada perkara yang lain. Rasa diri ini semakin berdosa apabila kurangnya bersyukur dan mengingati Allah dalam segala apa yang saya lakukan di dunia ini, kerana sebenarnya segala apa yang saya cakap, buat dan segalanya adalah perkara yang berkait dengan Allah. Kerana itu , kita wajib berdakwah kepada orang di sekeliling kita untuk mengingati Allah kerana kita adalah roh yang sama pada suatu ketika dahulu yang mengiyakan (dengan sebenar-benar pengiyaan) tentang pengesaan Allah dan menjadi pelupa apabaila lahir di dunia. Kerana sifat lupa itulah, kita wajib saling ingat mengingati antara satu sama lain. Tujuan kita hidup di dunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah dan mencapai mardhatillah. Dan cara pandangan yang betul oleh kita kepada manusia yang membuat dosa adalah dengan memberikan mereka bantuan untuk berubah dan bertaubat kepada Allah. Bukannya dengan mengeji perbuatan mereka kerana sikap yang demikian akan menjauhkan lagi mereka daripada Allah.

 Oleh yang demikian, saya berazam untuk  sentiasa mengingati Allah dalam setiap apa yang saya lakukan dan katakan agar semuanya adalah kerana Allah semata-mata. Wallahu'alam, sekian daripada saya.


AIDA KAMALIA


Pada hari ini saya telah mempelajari tentang Perjanjian Asali yang berlaku semasa Alam Roh. Perjanjian ini merupakan perjanjian antara Allah SWT dengan semua manusia. Dalam perjanjian ini, manusia telah mengaku ketuhanan Allah SWT. Kemudian, di alam dunia manusia telah diturunkan ujian iaitu samada manusia ini bertauhid kepada Allah SWT untuk membuktikan persetujuan yang dibuat semasa di alam roh. Selain itu, manusia juga tidak boleh hidup sendiri dimana mereka hendaklah hidup dalam bermasyarakat. Hal ini juga dapat dilihat semasa Perjanjian Asali lagi dimana manusia sudah mula hidup bermasyarakat sejak dulu lagi. Ia dapat dibuktikan melalui perkataan "Bala Syahidna" di dalam Ayat 172 Surah Al-A'raf. Ini merujuk kepada semua manusia yang telah berjanji semasa Perjanjian Asali tersebut. 

Maka dengan itu saya berazam untuk sentiasa bertauhid kepada Allah SWT supaya saya tidak akan mengingkari perjanjian yang telah dibuat semasa alam roh dahulu. Selain itu, saya juga akan lebih mengenali kaum-kaum lain dan budaya mereka di negara kita supaya saya dapat hidup bermasyarakat seperti yang telah berlaku semasa Perjanjian Asali dahulu.


SITI AZRANITA

Pada hari ini, saya telah mempelajari alam-alam yang kita lalui. Bermula daripada alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan akhir sekali alam akhirat. Kita sudah berada di alam dunia yang mana hidup bermasyarakat, berbagai budaya, agama, dan bangsa. Tetapi tanpa ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah kepada kita, kita tidak mengetahui bahawa sebenarnya kita sudah pun bermasyarakat sejak dari alam roh lagi. Buktinya, di dalam surah Al-A’raf, semua roh telah membuat perjanjian asali dengan Allah. Maka dengan ini saya berazam untuk lebih menghargai nilai-nilai bermasyarakat dan membuat persediaan secukupnya untuk menghadapi alam seterusnya.

NUR AIN AMIRA

Pada hari ini saya telah pelajari tentang perjanjian asali. Perjanjian asali ialah perjanjian antara semua manusia di alam roh dan Allah untuk bertuhankan Allah. Perkara ini terdapat dalam surah al-araf dari ayat 172 dan 173. Sejak dari alam roh lagi kita (manusia) telah kenal dan memperakui ketuhanan kepada Allah. Selain itu juga, ayat ini juga telah menunjuk kan bahawasanya manusia telah bermasyarakat sejak azali lagi dengan ukhwah ‘shahidna’ . Maka dengan ini, saya berazam untuk menjadi muslim yang lebih baik dengan selalu ingat kepadaNya. selain itu saya juga berazam untuk cuba mengenali dan bergaul dengan lebih baik lagi dengan masyarakat sekeliling.

NURSHAMIRA


Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang penentuan sesuatu masyarakat itu baik atau buruk adalah berdasarkan pegangan individu dan fahaman individu itu sendiri. Hal ini kerana, unit asas bermasyarakat adalah individu itu sendiri dan unit asas setiap individu ialah rohaninya.
Perbaiki rohaniketika di dunia adalah perkara penting yang berkaitan dengan perjanjian asali kerana hayat di dunia merupakan persediaan dan ujian untuk manusia menghadapi alam akhirat.
Selain itu, setiap manusia pasti melakukan dosa tetapi Allah SWT maha mengampun. Manusia diberi peluang untuk berubah dan menebus kesilapan dirinya dengan bertaubat kepada Allah.

Oleh itu, saya berazam untuk  untuk sentiasa memperbaiki rohani dalam konteks melakukan persedian menghadapi alam akhirat. Saya juga memperingati diri saya supaya sentiasa ada rasa menyesal dan segera bertaubat setiap kali melakukan dosa.


NUR AININA AIMI


Pada hari ini saya telah mempelajari tentang adab manusia dgn Allah. Pertama, kita sebagai hambaNya perlu bersangka baik dengan Allah. Setiap kejadian  yang berlaku ke atas diri kita adalah kehendak dan ketentuanNya. Sebagai makhluk, jangan pernah mempersoalkan tentangnya. Segala aturan yang telah ditentukan oleh Allah adalah jalan yang terbaik kerana Allah mengetahui akan kemampuan makhluknya. Selain itu, sebagai hamba jangan pernah kita memperbagaimanakan Allah. Cukuplah sekadar beriman kepada Allah, yakni mempercayai akan kewujudan dan kebesaran Allah serta mempelajari tentang sifat-sifat Allah S.W.T. Dengan apa yang telah saya pelajari, maka dengan itu saya berazam untuk selalu bersangka baik dengan Allah kerana Allah itu Maha Mengetahui segala yang tersirat mahupun yang tersurat.


No comments:

Post a Comment