Apa yang saya dapat pelajari pada hari ini ialah tema yang dibawa oleh Nabi Muahammad s.a.w ialah tema kasih sayang. Nabi Muhammad s.a.w merupakan rahmat yang diturunkan oleh Allah kepada semua makhluk di muka bumi ini dan akhlak yang paling terbaik adalah akhlak yang ditunjukkan oleh baginda sendiri. Kerana itu , jika kita ingin tahu sama ada tentera al-mahdi itu adalah yang betul ataupun tidak , mereka akan membawa tema kasih sayang sama seperti apa yang telah di bawa oleh nabi muhammad s.a.w. Sekiranya kumpulan seperti ISIS yang mengibarkan bendera hitam ,melaungkan kebezaran Allah , melaungkan kata jihad tetapi membunuh dengan cara yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan sama ada lelaki atau perempuan bukanlah tentera imam mahdi yang sebenar walaupun mereka mengaku mereka adalah pasukan yang akan tentera imam mahdi di akhir zaman. Kerana Islam tetap mempunyai garis panduan dalam peperangan seperti tidak membunuh kanak-kanak dan wanita, haiwan peliharaaan ,tumubuh-tumbuhan dan seumpamanya. Tetapi ISIS sama sekali tidak mengikuti garis panduan dan turut membunuh orang yang sesama islam.(Betulkan saya sekiranya saya salah)
Oleh itu, saya berazam untuk mempelajari sirah nabi muhammad s.a.w dengan lebih banyak dan mendalam agar saya mampu untuk menghayati pengorbanan baginda dan mengamalkan sunnah baginda .
AIDA KAMALIA
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang kekuatan orang Melayu pada zaman penjajahan sebenarnya boleh menjadikan mereka sebagai suatu kuasa yang kuat. Ini dapat dilihat semasa mereka bersama-sama menentang Malayan Union kerana Malayan Union ini banyak memberikan faedah kepada pihak British. Kerjasama ini dapat dilihat ketika Dato' Onn Jaafar menulis surat dan satu Gerakan Melayu telah ditubuhkan untuk menggesa orang Melayu supaya menentang Malayan Union dan sentiasa bersatu padu. Selain itu, Raja-Raja Melayu juga telah memulaukan majlis Perlantikan Gabenor. Akhirnya, Malayan Union dibatalkan kerana Malayan Union tidak dapat dijalankan jika orang Melayu menentang penubuhan tersebut. ini membuktikan bahawa apabila orang melayu bersatu padu, mereka akan menjadi suatu kuasa yang kuat dan digeruni oleh oihak musuh.
Maka dengan ini saya berazam untuk terus mewujudkan sikap saling bekerjasama dan bersatu padu dalam diri sendiri dan masyarakat supaya kita sentiasa kuat dalam menghadapi segala masalah yang berlaku.
SITI AZRANITA
Pada hari ini saya telah mempelajari fokus Rasulullah SAW di Mekah dan juga di Madinah. Di Mekah, Rasulullah SAW memperkenalkan sifat-sifat Allah yakni akidah dan tauhid kepada penduduk Mekah. Selain itu, Rasulullah SAW juga mengajar cara hidup yang lebih berkemanusiaan dan menyatukan umat yang berpecah-belah di Mekah. Di Madinah pula, Rasulullah SAW mengembangkan ajaran Islam dan sekali gus membuka sebuah negara Islam dengan menggunakan undang-undang Islam pada seluruh penduduk Madinah. Di sini dapat kita simpulkan bahawa untuk mengamalkan undang-undang Islam, rakyat harus bersedia dari segi akidah dan akhlak dahulu, barulah seluruh penduduk sesebuah negara itu boleh menerima dan laksanakan undang-undang Islam.
Maka dengan ini saya berazam untuk lebih bersedia dari segi akidah dan akhlak tidak kira apa jua undang-undang yang dilaksanakan, kerana akidah dan akhlak itu adalah asas untuk membangunkan sesebuah negara.
NUR AIN AMIRA
Pada hari ini saya telah pelajari tentang fungsi perlembagaan. Terdapat beberapa fungsi perlembagaan yang baru saya pelajari. Antaranya ialah untuk menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran. Fungsi yang kedua ialah, untuk menjaga keharmonian kaum. Ini kerana didalam perlembagaan terdapat hak dan tanggungjawab setiap kaum. Seterusnya perlembagaan bertujuan untuk membentuk identiti negara. Selain itu ialah untuk memeihara kedaulatan institusi beraja di Malaysia. Untuk pengetahuan, raja-raja juga berada dibawah pelembagaan dan dengan adanya peruntukan institusi beraja didalam perlembagaan, ini bermakna YdPA tidak boleh digulingkan. Tujuan pelembagaan yang terakhir yang saya pelajari ialah, perlembagaan bertujuan melindungi hak istimewa orang melayu. Saya juga pelajari bahawa perlembagaan boleh dipinda atau diubah. Namun ianya hanya boleh dilakukan oleh badan perudangan yang di anggotai oleh dewan rakyat dan dewan negara.
Maka dengan ini saya berazam untuk mengambil tahu atau lebih peka tentang perlembagaan Malaysia dan juga berkaitan politik dan isu semasa dalam negara supaya saya boleh memilih wakil yang tepat untuk menduduki kerusi di dewan rakyat. Hal ini penting kerana ahli dewan rakyat berhak untuk mengubah perlembagaan.
NURSHAMIRA
Pada hari ini, saya mempelajari tentang fungsi perlembagaan. antaranya ialah, pertama, membentuk identiti negara, kedua, melindungi hak istimewa orang melayu, ketiga, memelihara kedaulatan institusi beraja, keempat, menjaga keharmonian kaum, kelima, menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran. Selain itu, saya mempelajari tentang kedudukan perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dan tiada institusi di Malaysia yang boleh mengatasi perlembagaan. Perlembagaan negara Malaysia boleh digubal tetapi harus melalui majlis raja-raja melayu. Negara Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan iaitu Yang Dipertuan Agung juga terikat dengan perlembangaan negara Malaysia.
Oleh itu, saya berazam untuk mendalami tentang perlembagaan negara Malaysia dengan mengambil kira 'perkara-perkara' yang tertakhluk di dalam perlembagaan.

NUR AININA AIMI
Pada hari ini saya telah pelajari tentang kehebatan orang
Melayu pada suatu ketika dahulu. Banyak jasa dan pengorbanan mereka demi
mempertahankan tanah air yang tercinta daripada tangan penjajah. Sikap berani
dan kerjasama antara satu sama lain dalam menentang musuh dapat dibuktikan dengan wujudnya kemerdekaan
yang telah diperjuangkan oleh mereka. Tetapi pada hari ini, sikap kerjasama di kalangan orang Melayu sudah semakin terhakis, malah boleh dikatakan ramai orang Melayu terutamanya remaja pada usia saya yang semakin lupa dengan perjuangan pemimpin dan kronologi peristiwa sebelum kemerdekaan Maka dengan ini saya berazam untuk terus memperingati betapa susahnya perjuangan mereka dalam
mendapatkan kemerdekaan setelah beratus-ratus tahun dijajah oleh negara-negara
asing. Saya sebagai rakyat Malaysia rasa begitu bersyukur kerana dilahirkan di negara yang aman dan berasa bangga terhadap pemimpin-pemimpin tanah air kita yang telah mencipta sejarah di mana nama mereka kekal di ingatan rakyat Malaysia.