Friday, 21 October 2016

REFLEKSI DIRI 11/10/2016

RAJA AMEERA

Apa yang saya dapat pelajari hari ini ialah mengenai perkataan 'kalau'. Sekiranya kita menggunakan perkataan 'kalau' pada sesuatu perkara yang sudah lepas sebenarnya kita membuka ruang kepada syaitan untuk menjadikan kita rasa tidak bersyukur kepada Allah dan tidak menerima qada' dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah kepada kita. Contohnya seperti:

 ''kalau saya belajar bersungguh-sungguh hari itu, pasti saya akan dapat keputusan yang cemerlang. Sekarang saya hanya dapat 3A untuk SPM."

Merujuk ayat di atas , penggunaan kalau tersebut boleh membuatkan kita rasa kurang semangat dan asyik mempersalahkan diri sendiri pada perkara yang telah lepas. Tetapi , sebaliknya yang akan berlaku untuk perkara yang akan datang. Contohnya seperti:

" SPM sudah semakin hampir. Kalau saya belajar bersungguh-sungguh pasti saya akan dapat keputusan yang cemerlang"

Penggunaan perkataan 'kalau' untuk perkara yang belum terjadi (rujuk contoh di atas) boleh membuatkan kuta rasa lebih semangat untuk berusaha untu masa akan datang.

Oleh itu, saya berzam untuk tidak lagi menggunakan perkataan 'kalau' untuk sesuatu perkara yang telah lepas.

I'm not trying to teaching or whatever~ just a little sharing from me what i learnt from CTU as for today ^-^


AIDA KAMALIA


Pada hari ini saya telah mempelajari tentang penggunaan perkataan “Kalau” dalam kehidupan seharian. Penggunaan perkataan “Kalau” ini boleh membawa seseornag itu kepada pintu dosa. Sebagai contoh bila kita gunakan perkataan ini selepas terjadinya sesuatu perkara seperti “Kalau aku belajar betul betul mesti result aku lagi bagus”. Hal ini menyebabkan kita tidak bersyukur dengan segala nikmat yang telah kita beroleh. Selain itu, perkara ini menyebabkan kita menyesali perkara yang telah kita lakukan sedangkan perkara tersebut merupakan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita yang mungkin juga merupakan salah satu ujian Allah kepada manusia. Kita seharusnya bersyukur dengan segala yang kita beroleh dan sentiasa muhasabah diri jika terdapat perkara yang tidak diingini berlaku kepada kita.


Maka dengan itu saya berazam untuk lebih berhati hati dalam menggunakan perkataan “Kalau” ini dalam kehidupan seharian saya supaya ia tidak menyebabkan saya seperti menyesali di atas segala perkara yang berlaku kepada saya. Saya juga akan belajar untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat yang saya peroleh dan sentiasa menerima dan reda dengan ujian yang Allah berikan kepada saya sebagai salah satu cara untuk saya memperbaiki diri saya sendiri untuk jadi seorang yang lebih baik dia masa hadapan.



SITI AZRANITA


Pada hari ini, saya telah mempelajari bahawa kita telah diberi nikmat iman, ilmu, petunjuk dan lain-lain. Tetapi nikmat terbesar yang Allah kurniakan pada kita adalah Rasulullah sebagai nabi dan pemimpin kepada umat akhir zaman. Tanpa nikmat Rasulullah ini, nikmat-nikmat yang lain tidak akan kita kecapi. Dengan itu, kita perlulah mengenali dan mencintai Rasulullah kerana pada Rasulullah ada ilmu-ilmu untuk kita perolehi nikmat-nikmat yang lain. Maka dengan ini saya berazam untuk lebih mengenali dan mempelajari ilmu yang Rasulullah sampaikan agar nikmat-nikmat yang lain juga dapat saya kecapi secara tidak langsung.



 NUR AIN AMIRA


Pada hari ini saya telah pelajai bahawa tidak elok untuk menggunakan perkataan kalau untuk perkara yang sudah lepas. Contohnya, “hm kan bagus kalau aku boleh ubah balik keputusan yang dah aku buat dulu”.  Selain itu saya juga baru mengetahui bahawasanya  kita dibolehkan untuk menipu untuk melega pergaduhan diantara dua pihak. Maka dengan ini saya berazam untuk tidak menggunakan perkataan kalau untuk perkara yang sudah lepas dan buat yang terbaik pada setiap masa supaya saya tidak akan guna perkatan kalau untuk menyesali perbuatan saya yang lepas. Seterusnya, jika ada pertelingkahan antara kawan-kawan, saya akan cuba buat mereka berbaik.



NURSHAMIRA



AL-HUJURAT AYAT 11

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلا تَنَابَزُوا بِالألْقَابِ بِئْسَ الاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الإيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (١١)

11. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan mengolok-olokkan perempuan lain, (karena) boleh jadi yang diperolok-olokkan lebih baik (dari perempuan yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela dirimu dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


Ayat ini menerangkan tentang hak-hak orang mukmin, untuk saling tidak menunjukkan segala bentuk penghinaan termasuk kata-kata, dan perbuatan. Jangan mencela sesame sentiasa dan jangan memberi gelaran yang buruk-buruk. Oleh itu, saya berazam untuk sentiasa beringat-ingat sesama manusia supaya jangan sesekali mencemuh orang lain yang membawa kepada perbuatan mencemuh diri sendiri. 


NUR AININA AIMI



Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa kita perlu mendamaikan dua orang yang bergaduh di mana telah dinyatakan di dalam Al Quran (Surah Al Hujuraat, ayat 9). Kadangkala tanpa kita sedari kita tidak melakukan hal yang sedemikian. Malah kita tidak mahu terlibat dalam pergaduhan tersebut. Oleh itu, saya berazam agar saya tidak mementingkan diri sendiri dan akan mendamaikan dua orang yang bergaduh dengan berlaku adil pada mereka. 



No comments:

Post a Comment