Saturday, 22 October 2016

REFLEKSI DIRI 18/10/2016

RAJA AMEERA

Apa yang saya pelajari pada hari ini ialah betapa halusnya helah british untuk merosakkan jati diri masyarakat melayu dengan memasukkan konsep sekularism, capitalism, materialism dan dualism dalam sistem pentadbiran mlaysia kini. Menyebabkan masyarakat melayu hampir lupa diri siapa mereka sebenarnya dan mempunyai jati diri yang rapuh. Mengapa saya kata yang demikian?? Pada zaman penjajahn di bumi melayu zaman dahulu kala tidak pernah merekodkan adanya orang islam yang murtad walaupou dijajah oleh bangsa asing . Tetapi setelah British masuk dan menjajah Tanah Melayu, jati diri Melayu semakin kurang dan menjadi lebih materialistik . Contohnya, sekiranya sekolah pondok dulu tidak mengharapkan harta sebagai balasan bagi ilmu yang disampaikan ,tetapi sistem sekolah yang dibawa oleh British menjadikan masyarakat lebih materialistik kerana siapa yang memasuki ke sekolah SK akan mendapat duit pada zaman dahulu.

AIDA KAMALIA

Pada hari ini saya telah mempelajari tentang kesan penjajahan dalam pelbagai aspek seperti ilmu, pendidikan, politik, undang-undang, ekonomi, kaum dan agama. Semasa British menjajah negara kita mereka telah mengamalkan konsep dualisme dalam pentadbiran. Dualisme ialah dua sistem yang bertentangan tetapi berjalan dengan secara serentak. Sebagai contoh, dalam segi undang-undang terdapat dua jenis makhamag iaitu makhamah syariah danh makhamah sivil. Bagi makhamah syariah, ia  berdasarkan Al-Quran dan Hadis dan dipegang oleh Pemimpin Melayu namun masih mendapat campur tangan dari pihak British. Manakala bagi makhamah sivil, ia dipegang oleh wakil atau residen British sahaja. Ini menunujukkan bahawa pihak British telah menjalankan sistem dualisme dimana ia banyak memberi kebaikan kepada pihak British sendiri. 

Maka dengan itu, saya berazam untuk mempelajari sejarah di Malaysia dengan lebih mendalam supaya saya mempunyai banyak pengetahuan tentang apa yang telah berlaku di negara kita dahulu. Selain itu, saya juga akan mempelajari sejarah supaya saya sentiasa menghargai segala usaha pemimpin kita dalam membebaskan negara kita daripada tangan penjajah.

SITI AZRANITA

Pada hari ini, saya telah mempelajari bahawa Malaysia telah dijajah selama 446 tahun oleh pelbagai negara asing. Kesan penjajahan yang paling ketara adalah daripada penjajahan British yang mengamalkan dasar kolonial dan imperial. Salah satu kesan yang kekal sehingga kini adalah wujudnya ideologi sekularisme. Sebagai bukti, didalam sistem mahkamah di Malaysia, terbahagi kepada 2 iaitu mahkamah sivil dan syariah. Maka dengan ini saya berazam untuk lebih mempelajari sejarah-sejarah yang berlaku dahulu agar tidak berulang kembali pada masa akan datang dan lebih bersikap patriotik. 

NUR AIN AMIRA

Pada hari ini saya telah pelajari mengenai kesan-kesan penjajahan yang berlaku di tanah melayu. Terdapat banyak kesan daripada penjajahan dan antaranya ialah dari aspek ilmu, pendidikan, politik, undang-undang dan sebagainya.  Sekularisme adalah antara kesan penjajahan. Sekularisme ialah pengasingan antara hal keduniaan dan agama. Disebab kan sekularisme yang diterapkan kepada rakyat, maka telah wujudnya sifat atau kesan lain iaitu materialisme. Selain itu ialah pengenalan pendidikan vernakular oleh penjajah dimana pelajar di sekolah tersbut diajar mengikut bahasa ibunda. Contohnya, sekolah cina mengunakan Bahasa cina sebagai pengantaraan. Dari sudut undang-undang, pula wujud dualisme. Dualisme telah mengasingkan undang-undang sivil dan syariah. Ekonomi dualisme turut diperkenal iaitu wujud pasaran bebas (ekonomi moden dan ekonomi tradisional). Maka dengan ini saya berazam untuk lebih peka dengan kesan-kesan daripada sesuatu perkara. Kerana sesuatu kesan itu boleh mempengaruhi kehidupan ita secara tidak langsung. Contohnya seperti  sekularisme yang mengasingkan agama dan hal keduniaan dan mencipta sifat materialisme didalam diri kita.



NURSHAMIRA

Pada hari ini saya telah mempelajari tentang perlembagaan. Perlembagaan bermaksud satu set peraturan tentang hak kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan diantara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan berperanan sebagai sebuah panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat. Sebelum kedatangan Barat, undang-undang yang dikuatkuasakan di Tanah Melayu ialah undang-undang Islam termasuk adat-adat Melayu, contohnya Hukum Kanun Melaka. Tetapi selepas kedatangn Barat, Comman Law British telah dibawa masuk dan undang-undang Islam yang diuruskan oleh Raja-raja Melayu atau sultan sebagai ketua agama setiap negeri hanya terhad kepada beberapa perkara. Sebagai contoh, hukum nikah kahwin dan kekeluargaan. Undang-undang jenayah yang diguna pakai juga merupakan undang-undang Barat.

Oleh itu, saya berazam untuk mempelajari dan mengambil tahu tentang sejarah supaya dapat dijadikan pengajaran dan renungan. Sejarah telah bercerita dengan jelas bagaimana dahulunya Tanah Melayu telah dijajah dan semua perkara telah digubal sehingga undang-undang Islam terhad untuk sesetengah perkara sahaja. 


NUR AININA AIMI


Pada hari ini saya telah mempelajari tentang agama Islam pada zaman kerajaan melayu awal terdiri daripada iman,islam dan tasawwuf. Selama ini hidup saya hanya berpandukan rukun iman dan islam tanpa mengenali apa itu erti tasawwuf. Oleh itu, saya berazam agar saya dapat mempelajari dengan lebih mendalam erti tasawwuf dan berubah untuk menjadi insan yang lebih baik dari segi jasmani dan rohani.

No comments:

Post a Comment