Tuesday, 4 October 2016

REFLEKSI DIRI 4/10/2016

RAJA AMEERA

Apa yang saya dapat pelajari hari ini ialah sebenarnya sebahagian besar daripada prasangka kita sebenarnya adalah dosa. Kerana itu , kite perlu sentiasa bersangka baik dengan semua orang dan jangan mudah untuk 'judge' orang lain yang kita tidak pernah kenal mereka. Boleh jadi apabila kita mempunyai tanggapan buruk terhadap seseorang dan dengan tidak sengajanya kita menyampaikan tanggapan itu kepada orang lain boleh menyebabkan kita jatuh kepada dosa yang lebih besar iaitu memfitnah/mengumpat . Jadi, pengajarannya ialah sentiasalah berbaik sangka selalu dan juga kepada Allah ^-^ Kerana Allah hanya akan bertindak menurut prasangka hambaNya kepadaNya. Wallahu'alam.

AIDA KAMALIA

Pada hari ini saya telah mempelajari tentang terjemaham Surah Al-Hujurat Ayat 6 dan 7.  Melalui ayat 6, antara pengajaran yang saya dapat dari ayat ini ialah kita hendaklah sentiasa selidik tentang sesuatu berita atau maklumat yang kita peroleh. Kita hendaklah terlebih dahulu mencari bukti yang sahih untuk memastikan bahawa berita tersebut adalah berita yang benar dan bukan rekaan semata-mata. Hal ini untuk mengelakkan daripada sebarang berita palsu yang boleh membawa kepada fitnah dan salah faham sesama manusia dan akhirnya menyebabkan kita menyesali perbuatan tersebut. Melalui ayat 7 pula, ia menceritakan tentang pentingnya mempunyai ilmu yang berkaitan dengan Rasulullah SAW. Kita hendaklah kenal dan sentiasa bersangka baik terhadap Rasulullah SAW. Antara perkataan penting yang terdapat didalam ayat ini adalah “Habbaba” yang bermaksud Allah mempercintakan manusia kepada Iman dan lawannya “Karraha” yang bermaksud Allah menjadikan kita benci akan kekufuran, kemaksiatan dan kefasikan. Selain itu, perkataan “Waizayyanatu” yang bermaksud memperhiaskan Iman didalam hati. Sekiranya kita ingin memperoleh petunjuk, kita haruslah mempunyai ilmu yang lebih mendalam tentang Rasulullah.


Maka dengan itu saya berazam untuk sentiasa tidak terus mempercayai sebarang berita yang disampaikan tanpa mencari bukti terlebih dahulu tentang kesahihan berita tersebut. Selain itu, saya juga berazam untuk lebih mengenali Rasulullah dan menambah ilmu saya tentang Rasulullah untuk mendapat petunjuk daripada Allah SWT kearah kehidupan yang lebih baik.


SITI AZRANITA


Pada hari ini, saya telah mempelajari isi perjanjian iblis dengan Allah. Syaitan tidak takut atau rasa bermasalah dengan manusia yang membuat ibadat tetapi syaitan takut dan rasa bermasalah dengan manusia yang dalam jiwanya ada nur Rasulullah kerana dengan cahaya Rasulullah, kita boleh lebih mengenali Allah. Apabila mengenali Allah, barulah kita akan mentauhidkan Allah dengan seikhlas hati. Maka dengan ini saya berazam untuk lebih mengenali, mencintai dan bersangka baik dengan Rasulullah.


NUR AIN AMIRA

Pada hari ini saya telah belajar melalui terjemahan dari surah al-hujarat ayat 6 sehingga 13. Apa yang saya boleh rumus kan dari ayat-ayat tersebut ialah, kita sepatutnya tabayyun terlebih dahulu  iaitu mencari bukti dan hujah yang berkenaan sebelum menerima berita daripada orang fasik. Seterusnya, untuk mendapat petunjuk daripada Allah, kita seharusnya mengenali Nabi Muhammad  yakni mempunyai ilmu tentang Nabi Muhammad dan kita perlu bersangka baik dengan Rasulullah. seterusnya, ciri-ciri orang yang mendapat petunjuk  yang pertama ialah, ‘habbaba’ iaitu Allah mempercintakan seseorang itu kepada iman. Yang kedua ialah ‘karraha’ iaitu benci kepada kemungkaran dan yang terakhir ialah ‘waizayyantu’ yang bermaksud memperhiaskan iman didalam hati. Selain itu, antara nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia ialah iman, ilmu, petunjuk dan Rasulullah. Dari petikan ayat ini juga menyatakan kita seharusnya mendamaikan dua pihak yang bergaduh.dalam suruh tersebut juga melarang kita dari mencemuh dan menidakkan puak lain. Selain itu kita juga dilarang untuk membuka aib orang lain. Berikutnya, kita perlu menjauhi prasangka kerana mungkin prasangka tersebut salah dan ia boleh membuka pintu dosa.


Maka dengan ini saya berazam untuk mengikuti apa yang terkandung didalam surah al-hujarat ayat 6 sehingga 11 dengan tidak mencemuh atau membuka aib orang lain. Selain itu, saya jugak akan cuba untuk tidak terus mempercayai beita yang tidak sahih sebaliknya menyiasat dulu kebenaran berita tersebut. Akhir sekali, saya akan cuba untuk menjauhi prasangka kerana ia boleh membuka pintu dosa.

NURSHAMIRA

AL-HUJURAT AYAT 6-8
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ (٦) وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الأمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الإيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُولَئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ (٧) فَضْلا مِنَ اللَّهِ وَنِعْمَةً وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ (٨)

6. [13]Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum karena kebodohan (kecerobohan) yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.

7. [14]Dan ketahuilah olehmu bahwa di tengah-tengah kamu ada Rasulullah[15], kalau dia menuruti kemauan kamu dalam banyak hal[16], pasti kamu akan mendapat kesusahan[17]. Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka[18] itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus[19],

8. Sebagai karunia dan nikmat dari Allah[20]. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Mahabijaksana[21].

Ayat 6-8 menerangkan tentang bagaimana adab ketika menghadapi berita dibawa orang fasik, pentingnya  kita tatsabbut (meneliti ) dalam menerima berita dan berhati-hati terhadapnya kerana boleh membawa fitnah. Selain itu, selalu taat dan ada ilmu tentang kepada Rasulullah SAW dan penanaman rasa cinta kepada keimanan di hati orang mukmin.

Oleh itu, saya berazam untuk sentiasa meneliti terlebih dahulu sesuatu berita kerana boleh jadi ianya tidak benar dan membawa kepada dosa memfitnah.  Selain itu, tanamkan rasa cinta terhadap keimanan dan bencikan kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan.

NUR AININA AIMI


Pada hari ini saya telah mempelajari tentang sifat-sifat orang Yahudi yang saling iri hati, dengki- mendengki sesama manusia yakni ia menyerupai sifat-sifat syaitan. Orang Yahudi tidak suka akan umat Nabi Muhammad yang merupakan umat akhir zaman. Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh golongan tersebut untuk melihat umat Nabi Muhammad terpesong dengan ajaran yang telah dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Islam merupakan satu-satunya agama yang kekal. Sesungguhnya Allah telah menurunkan wahyu secara berperingkat kepada Rasullulah S.A.W untuk disampaikan kepada umatnya. Pelbagai dugaan yang telah dilalui oleh baginda dalam mengutuskan perintah Allah. Pada mulanya baginda berdakwah secara rahsia iaitu di kalangan ahli keluarga dan sahabat yang terdekat. Kemudian barulah baginda mula berdakwah secara terang-terangan. Kita sebagai umat Islam harus kenal dan cinta akan Rasulullah S.A.W yang merupakan utusan Allah S.W.T. Terlalu besar perjuangan baginda dalam menyampaikan utusan Allah S.W.T sehingga timbul rasa kasih dan cinta terhadap baginda. Dengan apa yang saya telah pelajari pada hari ini, saya berazam untuk lebih kenal dan cinta akan Rasulullah S.A.W dengan lebih mendalam iaitu dengan mengenali sifat-sifat baginda dan melakukan sunnah baginda. Dengan mengenali baginda sedikit sebanyak saya dapat mengenali Islam dengan lebih dekat dan juga makin dekat kepada Yang Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment