Thursday, 24 November 2016

REFLEKSI DIRI 22/11/2016

RAJA AMEERA 
.
Apa yang saya dapat pelajari hari ini ialah sebelum kedatangan islam, wanita dipandang hina oleh masyarakat. Pada zaman jahiliyyah dahulu, bayi perempuan akan ditanam hidup-hidup kerana dikatakan bahawa mereka membawa malu kepada nama keluarga. Tetapi, setelah kedatangan Islam, Islam telah mengangkat  martabat wanita lebih tinggi dan mulia. Nabi Muhammad s.a.w juga bersabda bahawa syurga terletak di bawah kaki ibu. Wanita mula di hormati dan tidak lagi ditindas dan diperhambakan oleh kemahuan lelaki. Islam datang dengan membawa rahmat kepada semua makhluk. Islam menetapkan wanita sebagai insan ciptaan Allah s.w.t. yang amat berharga. Terlalu berharga dan bukanlah seperti barang permainan atau hiasan yang boleh dibeli dan dirundingkan harganya. Jadi wanita sepatutnya bersyukur kerana Allah telah memelihara dan mengangkat martabat kita dan menjadikan diri ini begitu berharga. Jadi, peliharalah maruah dirimu wahai wanita dan tutuplah auratmu dengan sempurna kerana Allah telah mengangkat martabat kita. Aurat kita begitu berharga untuk ditayangkan kepada dunia. 

Kesimpulannya, saya akan berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna dan menjadi seorang wanita yang soleh kerana kadang-kadang saya sering terlupa bahawa suara wanita itu juga adalah aurat.

AIDA KAMALIA


Pada hari ini saya telah mempelajari tentang asas hubungan etnik menurut islam dari segi Al-Tafahum. Al-Tafahum bermaksud saling mengenak serta memahami secara mendalam keadaan orang lain atau dari segi istilah pula bermaksud keupayaan untuk saling memahami dan mengetahui secara mendalam keadaan orang lain. Kita hendaklah saling memahami dan menghormati perbezaan agama anatara kaum, perbezaan budaya, bahasa dan nilai kehidupan setiap kaum. Sikap saling memahami ini akan membawa kita kepada perasaan untuk bermuafakat. Persefahaman dalam hubungan etnik boleh dicapai melalui perasaan sling mengenali antara satu sama lain. Banyak kebaikan yang boleh diperoleh dari sifat al-tafahum ini. Antaranya, ia dapat menguatkan kekuatan ummah, meningkatkan keharmonian hidup, meningkatkan perpaduan antara kaum dan mengurangkan sikap rasisme dan etnosentrisme.

Maka dengan ini saya berazam untuk memupuk sifat al-Tafahum in dalam diri saya supaya saya akan sentiasa memahami serta menghormati perbezaan kaum lain dari segi agama, budaya, bahasa mahupun nilai kehidupan. Dengan sifat ini, saya juga sekaligus dpat meningkatkan keharmonian kaum serta meningkatkan perpaduan kaun di negara ini.


SITI AZRANITA

Pada hari ini saya telah mempelajari maksud al ta’awun iaitu kerjasama, tolong menolong, dan saling bantu membantu antara satu sama lain dalam konteks masyarakat plural. Ada 4 jenis kumpulan manusia dalam al ta’awun, iaitu orang memberi dan meminta pertolongan, orang yang tidak mahu menolong dan meminta pertolongan, orang yang tidak mahu memberi pertolongan tetapi sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain dan orang yang selalu menolong orang lain namun tidak pernah meminta balasan pertolongan mereka.


Maka dengan ini saya berazam untuk menjadi golongan yang ke 4 iaitu yang selalu menolong namun tidak meminta balasan kerana saya percaya dan perpegang dengan janji Allah, bagi orang yang rajin bersedekah adalah bahwa sedekah itu dapat menghapus dosa orang yang mengerjakannya.


NUR AIN AMIRA



Pada hari ini saya telah peajari tentang asas hubungan etnik menurut islam dari sudut al-mahabbah. Mahabbah berasal daripada perkataan ahabba, yuhibbu, mahabbatan yang secara harifahnya bererti mancintai secara mendalam. Al-mahabbah pula bermaksud al-wadud yakni yang sangat kasih atau penyayang. Al-mahabbah sebagai asas hubungan etnik menurut islam ialah dengan bekasih sayang sesama insan. Berkasih sayang merupakan salah satu sifat kemanusiaan yang wajar disemai dan dipupuk dalam jiwa setiap anggota masyarakat. Kesan kepada al-mahabbah ialah akan mengikat hubungan kemesraan dan dengan ini menghapuskan permusuhan, perasaan hasad dengki dan iri hati.


Maka dengan ini saya berazam untuk menyemai sifat al-muhabbah yang lebih mendalam dalam diri saya supaya saya akan dapat melahirkan rasa cinta kepada diri saya sendiri, malahan juga melahirkan rasa cinta terhadap anggota keluarga,dan juga jiran tertangga yang terdiri daripada pelbagai kaum.

NURSHAMIRA

Pada hari ini, saya belajar tentang Al-Ta’awun yang bermaksud kerjasama, tolong menolong dan saling mebantu antara satu sama lain dalam konteks masyarakat plural. Terdapat  4 kumpulan manusia dalam Al- Ta’awun

    1)      Al-mu’in wal Musta’in
    Orang yang memberi dan meminta pertolongan. Golongan ini bersifat seimbang.
    2)      La Yu’in wa la Yusta’in
   Orang yang tidak mahu menolong dan meminta pertolongan. Golongan ini hidup bersendirian dan terasing.
    3)      Yasta’in wa la Yu’in
   Orang yang tidak mahu memberi pertolongan tetapi sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain.
    4)      Yu’in wa la Yusta’in
   Orang yang selalu menolong orang lain namun tidak pernah meminta balasan pertolongan mereka. Golongan ini merupakan golongan yang terbaik.
  

Oleh itu, saya berazam untuk tergolong dalam kalangan golongan yang ke-empat kerana mereka selalu menolong tetapi tidak pernah mengharapkan balasan. Saya ingin menjadi seorang yang sentiasa menghulurkan bantuan tanpa disuruh dan tidak pula meminta balasan.

NUR AININA AIMI


Pada hari ini saya telah mempelajari tentang sirah Rasulullah dan Salafussoleh dalam Musawah. Al-Musawah membawa maksud persamaan. Persamaan yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah mengenai persamaan taraf dan kedudukan setiap pentadbir, pengurus ataupun setiap individu di sisi undang-undang atau peraturan dalam memperolehi hak-hak asasi dan pada taraf atau status kemanusiaan. Semua manusia berasal daripada satu keturunan yang sama dan hanya berbeza dari sudut amalan, tanggungjawab dan ketaqwaan sahaja.

Firman Allah S.W.T.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbilang bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang-orang yang paling bertaqwa.”
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Ayat ini membawa maksud manusia adalah sama dan terikat di sisi peraturan atau undang-undang yang syarie, tanpa sebarang pengecualian atau keistimewaan. Tiada sesiapa yang boleh menjatuhkan taraf dan kehormatan orang lain melainkan jika ianya dibenarkan oleh undang-undang. Islam menentang keras kewujudan sistem kasta iaitu membezakan manusia berdasarkan warna kulit, bahasa, bangsa, budaya, pangkat, asal keturunan dan sebagainya.

Sistem kasta mengundang pelbagai masalah terhadap masyarakat serta mencetuskan perbalahan dan persengketaan yang mungkin berpanjangan. Maka dengan ini saya berazam untuk bersifat musawah di kalangan rakyat Malaysia agar semua orang dapat memiliki hak yang sama dari segi undang-undang, hukuman serta agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.




REFLEKSI DIRI 15/11/2016

RAJA AMEERA

Apa yang dapat saya pelajari hari ini ialah berdasarkan ayat al-quran surah al-imran ayat 103, tali Allah yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah Al-quran dan agama islam. Ayat ini menerangkan bahawa selagi mana kita berpegang teguh dengan Al-quran dan agama Islam, ukhuwwah islamiyyah yang terjalin antara saudara sesama Islam akan tetap teguh  (berdasarkan kisah kaum aus dan khazraj setelah kedatangan Islam) dan sesungguhnya  kesatuan aqidah mereka menjadi satu nikmat yang paling penting yang telah diberikan Allah kepada mereka. Kita dapat lihat, perpaduan dapat diwujudkan antara dua kaum yang saling berbalah setelah kedatangan Islam dan mewujudkan persaudaraan antara masyarakat yang berbilang kaum.


Kesimpulannya, saya berazam untuk kekal beristiqamah dalam menjadikan Al-quran sebagai pegangan saya hingga saya mati. Semoga Allah melindungi saya daripada segala tipu daya syaitan yang sentiasa ingin merosakkan aqidah seseorang hamba Allah .

AIDA KAMALIA

Pada hari ini saya telah mempelajari tentang ancaman materialisme. Matrialisme bermaksud masyarakat yang lebih mementingkan kebendaan. Antara ancaman matrialisme yang berlaku di negara kita ialah sikap masyarakat yang bersifat materialistik dimana mereka hanya melihat kepada pangkat, harta dan darjat seseorang. Hal sebegini boleh menghasilkan sikap daya saing yang negatif antara satu sama lain dimana setiap orang dalam masyarakat akan bersaing antara satu sama lain untuk mendapat pangkat atau harta supaya mereka akan dilihat sebagai seseorang yang sangat hebat. Selain itu, ia dapat menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perbalahan di kalangan masyarakat disebabkan oleh persaingan yang tidak sihat ini sekaligus akan menyebabkan masyarakat kita tidak bersatu padu untuk membentuk sebuag negara yang aman dan harmoni.

Maka dengan ini, saya berazam untuk sentiasa muhasabah diri daripada terlibat dengan sifat matrialisme ini supaya saya dapat membantu negara kita dalam membentuk satu masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.


SITI AZRANITA

Pada hari ini saya telah mempelajari sejarah tertubuhnya Universiti Teknologi Mara atau lebih dikenali sebagai UiTM sekarang. Sejarah Universiti Teknologi Mara bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM). Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).


Maka dengan ini saya berazam untuk lebih mengetahui sejarah dan latar belakang UiTM dimana disinilah tempat saya menimba ilmu, kemahiran dan pengalaman. Saya akan menghargai, menghormati, dan menyayangi UiTM yang dah banyak membantu saya dalam meningkatkan taraf hidup saya.


NUR AIN AMIRA

Pada hari ini saya telah mempelajari tentang penghayatan rukun negara berkenaan keluhuran perlembagaan. Perlembagaan negara merupakan sumber perundangan tertinggi. Ianya digubal berasakan kesepakatan semua kaum dan semua pihak dinegara ini. Perlembagaan Negara juga merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Maka dengan ini, saya sebagai rakyat Malaysia akan menerima, mamatuhi dan mempertahan kan keluhuran atau kemulia Perlembagaan Negara. Saya akan cuba lebih memahami isi kandungan rukun negara dan juga perlembgaan negara.

NURSHAMIRA

Pada hari ini, saya belajar tentang usaha Rasulullah S.A.W dalam menyatukan kaum di Madinah. Baginda Rasulullah S.A.W merupakan pemimpin yang adil dan baginda menggunakan Al-quran dan hadith sebagai oegangan dan panduan mentadbir negara. Hal ini menjadi faktor pentimng dalam melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. Saya tertarik tentang usaha Rasulullah S.A.W dalam menyatukan masyarakat Madinah dengan cara menggubal Piagam Madinah yang merupakan undang-undang bertulis yang pertama. Antara perkara penting didalam Piagam Madinah dalam menjadi asbab oenyatuan masyarakat Madinah ialah, masyarakat Madinah wajib hidup bermsyarakat dan bebas mejalankan aktiviti ekonomi bagi mengelakkan mana-mana kaum memonopoli ekonomi Madinah pada ketika itu. Hal ini membawa kepada keharmonian dalam kalangan masyarakat Madinah selain mengukuhkan ekonomi Madinah. Seterusnya, Rasulullah S.A.W mengharamkan masyarakat Madinah untuk menghulurkan bantuan kepada musuh negara dan mereka bertanggungjawab dalam memelihara keamanan dan keselamatan negara.


Usaha Rasulullah S.A.W sangat memberi berharga, oleh itu, saya berazam untuk menghargai usaha Rasulullah S.A.W dalam mengekalkan keamanan masyarakat Madinah dengan mendalami lebih banyak sejarah2 Rasulullah S.A.W.

NUR AININA AIMI


Pada hari ini saya telah mempelajari tentang usaha-usaha Rasulullah SAW untuk menyatukan kaum di Madinah. Antara usaha yang telah dilakukan oleh baginda adalah dengan membina masjid, memperkenalkan Piagam Madinah, menyatupadukan kaum Aus dan Khazraj, mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar, mengambil tindakan memerangi serta menghalau dan menghukum golongan yahudi yang melanggar Piagam Madinah, memperkenalkan sistem ekonomi yang adil serta menghapuskan sebarang bentuk penindasan khususnya amalan riba. Kepimipinan Rasulullah SAW menunjukkan bahawa baginda adalah bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi baginda juga merupakan seorang tokoh negarawan yang unggul. Maka dengan ini saya berazam untuk menjadikan baginda sebagai seorang role model dari aspek kepimpinan kerana baginda telah berjaya mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan kuat.

Saturday, 12 November 2016

REFLEKSI DIRI 8/11/2016

RAJA AMEERA

Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa tauhid dalam berekonomi adalah setiap kegiatan ekonomi adalah dilakukan kerana Allah, dilakukan dengan cara yang dibenarkan oleh Allah dan akhir sekali menjadikan kita semakin bertaqwa kepada Allah. Setiap sumber yang ada di muka bumi ini adalah milik Allah. Manusia dilantik menjadi khalifah untuk memegang  amanah Allah untuk meneroka dan menggunakan segala sumber ini dengan sebaik mungkin demi keamanan dan kesejateraan kehidupan secara adil. Dalam proses meneroka dan menggunakan daya tersebut hendaklah berlandaskan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Segala rezeki yang kita dapat adalah bukannya milik kita sepenuhnya, tetapi juga milik orang lain sebahagiannya. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersedekah dan jangan pernah kedekut dengan apa yang kita ada kerana sebenarnya segala harta yang kita miliki sekarang adalah milik kita. Jadi , siapalah kita untuk menyombong diri dengan menjadi bakhil.

Maka dengan ini, saya akan berusaha untuk memperbanyakkan sedekah dan berkongsi nikmat yang Allah berikan kepada saya dengan orang lain.

AIDA KAMALIA


Pada hari ini saya telah mempelajari tentang peranan rakyat dalam kestabilan politik. pertama, rakyat hendaklah mengambil bahagian dalam pilihan raya yang diadakan di negara kita. Semua rakyah hendaklah mendaftar sebagai pengundi dan keluar mengundi pada tarikh yang ditetapkan. Kedua, rakyah hendaklah tidak memburukkkan nama mana-mana parti politik yang terdapat di Malaysia. Hal ini kerana perkara sebegini boleh menyebabkan pergaduhan dan perbalahan sesama masyarakat. Pergaduhan seperti boleh memecahkan rakyat dan menyebabkan politik di negara kita menjadi tidak stabil sekaligus membolehkan kuasa-kuasa asing masuk ke dalam negara kita dengan mudah. Ketiga, rakyat juga hendaklah memilih parti politik yang benar dan layak. Rakyat hendaklah mengundi dengan bijak serta tidak mengikut perasaan semasa mengundi. 


Maka dengan ini, saya berazam untuk menjalankan peranan saya sebagai rakyat di Malaysia dengan sebaik mungkin dalam memastikan politik di negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik dan stabil.

SITI AZRANITA 

Pada hari ini saya telah mempelajari jenis-jenis sistem ekonomi, antaranya ialah sistem kapitalisme, sosialisme, dan sistem mengikut syariah Islam. Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu yang mempunyai modal tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata. Manakala sistem ekonomi menurut Islam pula semua kekayaan, harta benda, makhluk dan segala yang ada di dunia ini adalah hak mutlak Allah SWT. Kita sebagai khalifah di bumi ini ditugaskan untuk menguruskannya mengikut syariah dengan sebaik-baiknya.


Maka dengan ini saya berazam untuk lebih rasa bersyukur dengan segala pinjaman yang dikurniakan Allah SWT kepada saya dan menggunakan segala rezeki yang diberikanNya ke jalan yang diredhai Allah kerana segalanya hanyalah pinjaman daripada Allah.

NUR AIN AMIRA 


Pada hari ini saya telah pelajari tauhid dalam berekonomi berkaitan peranan pemimpin. Antara peranan selaku pemimpin, beliau boleh melonggar kan pengagihan zakat dalam kalangan rakyat yang memerlukan. Dalam berekonomi, kita juga perlu untuk mejaga dari sudut halal dan haram . Jadi , pemimpin juga berperanan untuk menegaskan pengharaman melibatkan pusat perjudian dan juga pertaruhan. Selain itu, pemimpin juga seharusnya mengasing dan mengagihkan hasil pendapatan negara dgn adil dan saksama. Galakkan untuk berinfaq, berzakat, bersedekah dan berwaqaf kepada seluruh rakyat juga boleh menjadi salah satu peranan sebagai seorang pemimpin yang bertauhid dalam berekonomi. Sebagai seorang pemimpin yang berkuasa dalam menguruskan sesebuah negara turut berperanan mencegah aktiviti yang berunsurkan shubhah, gharar dan riba.

Maka dengan ini saya berazam untuk memilih pemimpin yang boleh membawa kepada jalan yang mentauhidkan Allah SWT dalam berekonomi supaya negara lebih aman dan diberkati Allah SWT.

NURSHAMIRA

Pada hari ini, saya mempelajari tentang tanggungjawab rakyat dalam menjayakan sistem demokrasi di Malaysia. Pada pendapat saya, adalah tidak wajar setiap individu itu mengambil enteng tentang politik di negara Malaysia. Masa depan negara adalah terletak di tangan rakyat itu sendiri. Menjadikan sistem demokrasi sebagai satu kelebihan dia negara Malaysia, setiap individu wajib menjalankan tanggungjawab dalam memilih siapakah pemimpian yang layak dalam memerintah negara.  Walaubagaimanapun, seseorang individu perlu mengetahui apakah ciri2 pemimpin yang layak memerintah negara sebelum memangkah undi. Ilmu pengetahuan tentang politik di Malaysia perlulah dipelajari sebelum seseorang itu mencapai umur layak mengundi. Hal ini secara langsung dapat melahirkan seoranf individu yang bijak membuat keputusan dalam memilih pemimpin negara.

Oleh itu, saya berazam untuk lebih bertanggungjawab dalam menjadi seorang rakyat Malaysia dengan mengkaji politik Malaysia agar apabila saya mencapai umur layak mengundi, saya dapat memilih pemimpin yang tepat.

NUR AININA AIMI


Pada hari ini saya telah mempelajari tentang keadaan ekonomi yang semakin merosot. Ianya dapat dijelaskan dengan kenaikan harga minyak yang tidak menentu. Persepsi masyarakat pada hari ini adalah sekiranya harga minyak naik, maka harga barang-barang yang lain juga akan turut meningkat. Selain itu, kegiatan menyorok barang kawalan yang dilakukan oleh sesetengah pembekal dan peruncit adalah tidak bermoral kerana berlaku zalim terhadap pengguna dengan menggandakan harga barangan untuk mengaut keuntungan. Dengan keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu ini, saya berazam untuk mula memupuk amalan menabung sedikit demi sedikit  bak kata pepatah “ sikit- sikit lama-lama jadi bukit”. Selain itu, saya juga bertekad untuk berbelanja secara sederhana, berhemat dan bijak di mana saya perlu utamakan keperluan dahulu berbanding dengan kehendak.