Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa tauhid dalam berekonomi adalah setiap kegiatan ekonomi adalah dilakukan kerana Allah, dilakukan dengan cara yang dibenarkan oleh Allah dan akhir sekali menjadikan kita semakin bertaqwa kepada Allah. Setiap sumber yang ada di muka bumi ini adalah milik Allah. Manusia dilantik menjadi khalifah untuk memegang amanah Allah untuk meneroka dan menggunakan segala sumber ini dengan sebaik mungkin demi keamanan dan kesejateraan kehidupan secara adil. Dalam proses meneroka dan menggunakan daya tersebut hendaklah berlandaskan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Segala rezeki yang kita dapat adalah bukannya milik kita sepenuhnya, tetapi juga milik orang lain sebahagiannya. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersedekah dan jangan pernah kedekut dengan apa yang kita ada kerana sebenarnya segala harta yang kita miliki sekarang adalah milik kita. Jadi , siapalah kita untuk menyombong diri dengan menjadi bakhil.
Maka dengan ini, saya akan berusaha untuk memperbanyakkan sedekah dan berkongsi nikmat yang Allah berikan kepada saya dengan orang lain.
AIDA KAMALIA
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang peranan rakyat dalam kestabilan politik. pertama, rakyat hendaklah mengambil bahagian dalam pilihan raya yang diadakan di negara kita. Semua rakyah hendaklah mendaftar sebagai pengundi dan keluar mengundi pada tarikh yang ditetapkan. Kedua, rakyah hendaklah tidak memburukkkan nama mana-mana parti politik yang terdapat di Malaysia. Hal ini kerana perkara sebegini boleh menyebabkan pergaduhan dan perbalahan sesama masyarakat. Pergaduhan seperti boleh memecahkan rakyat dan menyebabkan politik di negara kita menjadi tidak stabil sekaligus membolehkan kuasa-kuasa asing masuk ke dalam negara kita dengan mudah. Ketiga, rakyat juga hendaklah memilih parti politik yang benar dan layak. Rakyat hendaklah mengundi dengan bijak serta tidak mengikut perasaan semasa mengundi.
Maka dengan ini, saya berazam untuk menjalankan peranan saya sebagai rakyat di Malaysia dengan sebaik mungkin dalam memastikan politik di negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik dan stabil.
SITI AZRANITA
Pada hari ini saya telah mempelajari
jenis-jenis sistem ekonomi, antaranya ialah sistem kapitalisme, sosialisme, dan
sistem mengikut syariah Islam. Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial
yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu yang mempunyai modal tanpa
gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Sosialisme merupakan teori
atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya
adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama
rata. Manakala sistem ekonomi menurut Islam pula semua kekayaan, harta benda,
makhluk dan segala yang ada di dunia ini adalah hak mutlak Allah SWT. Kita sebagai
khalifah di bumi ini ditugaskan untuk menguruskannya mengikut syariah dengan
sebaik-baiknya.
Maka dengan ini saya berazam untuk lebih rasa
bersyukur dengan segala pinjaman yang dikurniakan Allah SWT kepada saya dan
menggunakan segala rezeki yang diberikanNya ke jalan yang diredhai Allah kerana
segalanya hanyalah pinjaman daripada Allah.
NUR AIN AMIRA
Pada hari ini saya telah pelajari tauhid dalam berekonomi berkaitan peranan pemimpin. Antara peranan selaku pemimpin, beliau boleh melonggar kan pengagihan zakat dalam kalangan rakyat yang memerlukan. Dalam berekonomi, kita juga perlu untuk mejaga dari sudut halal dan haram . Jadi , pemimpin juga berperanan untuk menegaskan pengharaman melibatkan pusat perjudian dan juga pertaruhan. Selain itu, pemimpin juga seharusnya mengasing dan mengagihkan hasil pendapatan negara dgn adil dan saksama. Galakkan untuk berinfaq, berzakat, bersedekah dan berwaqaf kepada seluruh rakyat juga boleh menjadi salah satu peranan sebagai seorang pemimpin yang bertauhid dalam berekonomi. Sebagai seorang pemimpin yang berkuasa dalam menguruskan sesebuah negara turut berperanan mencegah aktiviti yang berunsurkan shubhah, gharar dan riba.
Maka dengan ini saya berazam untuk memilih pemimpin yang boleh membawa kepada jalan yang mentauhidkan Allah SWT dalam berekonomi supaya negara lebih aman dan diberkati Allah SWT.
NURSHAMIRA
Oleh itu, saya
berazam untuk lebih bertanggungjawab dalam menjadi seorang rakyat Malaysia
dengan mengkaji politik Malaysia agar apabila saya mencapai umur layak
mengundi, saya dapat memilih pemimpin yang tepat.
NUR AININA AIMI
NUR AIN AMIRA
Pada hari ini saya telah pelajari tauhid dalam berekonomi berkaitan peranan pemimpin. Antara peranan selaku pemimpin, beliau boleh melonggar kan pengagihan zakat dalam kalangan rakyat yang memerlukan. Dalam berekonomi, kita juga perlu untuk mejaga dari sudut halal dan haram . Jadi , pemimpin juga berperanan untuk menegaskan pengharaman melibatkan pusat perjudian dan juga pertaruhan. Selain itu, pemimpin juga seharusnya mengasing dan mengagihkan hasil pendapatan negara dgn adil dan saksama. Galakkan untuk berinfaq, berzakat, bersedekah dan berwaqaf kepada seluruh rakyat juga boleh menjadi salah satu peranan sebagai seorang pemimpin yang bertauhid dalam berekonomi. Sebagai seorang pemimpin yang berkuasa dalam menguruskan sesebuah negara turut berperanan mencegah aktiviti yang berunsurkan shubhah, gharar dan riba.
Maka dengan ini saya berazam untuk memilih pemimpin yang boleh membawa kepada jalan yang mentauhidkan Allah SWT dalam berekonomi supaya negara lebih aman dan diberkati Allah SWT.
NURSHAMIRA
Pada hari ini,
saya mempelajari tentang tanggungjawab rakyat dalam menjayakan sistem demokrasi
di Malaysia. Pada pendapat saya, adalah tidak wajar setiap individu itu
mengambil enteng tentang politik di negara Malaysia. Masa depan negara adalah
terletak di tangan rakyat itu sendiri. Menjadikan sistem demokrasi sebagai satu
kelebihan dia negara Malaysia, setiap individu wajib menjalankan tanggungjawab
dalam memilih siapakah pemimpian yang layak dalam memerintah negara. Walaubagaimanapun, seseorang individu perlu
mengetahui apakah ciri2 pemimpin yang layak memerintah negara sebelum memangkah
undi. Ilmu pengetahuan tentang politik di Malaysia perlulah dipelajari sebelum
seseorang itu mencapai umur layak mengundi. Hal ini secara langsung dapat
melahirkan seoranf individu yang bijak membuat keputusan dalam memilih pemimpin
negara.
NUR AININA AIMI
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang keadaan ekonomi
yang semakin merosot. Ianya dapat dijelaskan dengan kenaikan harga minyak yang
tidak menentu. Persepsi masyarakat pada hari ini adalah sekiranya harga minyak
naik, maka harga barang-barang yang lain juga akan turut meningkat. Selain itu,
kegiatan menyorok barang kawalan yang dilakukan oleh sesetengah pembekal dan
peruncit adalah tidak bermoral kerana berlaku zalim terhadap pengguna dengan
menggandakan harga barangan untuk mengaut keuntungan. Dengan keadaan ekonomi
yang semakin tidak menentu ini, saya berazam untuk mula memupuk amalan menabung
sedikit demi sedikit bak kata pepatah “
sikit- sikit lama-lama jadi bukit”. Selain itu, saya juga bertekad untuk
berbelanja secara sederhana, berhemat dan bijak di mana saya perlu utamakan
keperluan dahulu berbanding dengan kehendak.
No comments:
Post a Comment