Kerja Mingguan

MINGGU KE 2 (20/9/2016)

1)      PERJANJIAN IBLIS YANG BERKAITAN DENGAN MANUSIA.

                                             i.            Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia. Harta yang tidak dizakatkan, makanan haram dan bercampur dengan riba, makanan yang tidak dibacakan dengan nama Allah.

                                           ii.            Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung kepada Allah. Anak yang dilahirkan akan mudah patuh kepada bisikan syaitan.

                                          iii.            Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

                                         iv.            Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

                                           v.            Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

                                         vi.            Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

                                        vii.            Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

                                      viii.            Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Dia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

                                         ix.            Aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

                                           x.            Aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

2)      DEFINISI DAN CONTOH KONSEP ASAS ETNIK.

                                 i.            Etnik – sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Contohnya ialah orang  melayu, india, cina, kadazan dusun dan malanau.

                               ii.            Ras – sifat lahiriah semulajadi yang mudah diperhatikan pada seseorang atau sekumpulan manusia seperti warna kulit, mata, rambut dan sebagainya.

                              iii.            Etnisiti – rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Contoh bagi etnisiti ialah tingkah laku dan sejarah sesuatu etnik itu sendiri.

                             iv.            Etnosentrisme – kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisi mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Contohnya ialah apabila sesuatu kaum itu memandang rendah sesuatu kaum yang lain.

                               v.            Masyarakat – kelompok terbesar daripada makhluk manusia di mana hidup terjaring kebudayaan. Contoh dapat diberi dari segi ekonomi iaitu masyarakat feudal, kapitalis, sosialis dan ia juga boleh dikelaskan mengikut agama seperti masyarakat islam, Buddha dan sebagainya.

                             vi.            Budaya material – peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, senjata dan sebagainya.

                            vii.            Budaya non material – kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Sebagai contoh adat yang berbeza dalam perkahwinan.

                          viii.            Segregasi – hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Contohnya, dasar apartheid di Afrika Selatan (1948-1994) dan juga sikap memencilkan diri etnik tertentu untuk menentang asimilasi dengan etnik lain.

                             ix.            Rasisme – suatu sistem kepercayaan, sikap dan amalan yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Contohya, orang kulit putih di Afrika Sekatan merasa lebih hebat daropada orang kulit hitam.

                               x.            Prejudis – pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain. Contohnya ialah padangan bahawa orang  melayu tidak menepati masa oleh masyarakat jepun .

                             xi.            Stereotypes – merupakan pandangan atau kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan etnik yang lain sama ada berbentuk negatif atau positif. Contohnya, kaum lelaki mempunyai pandangan bahawa kaum wanita tidak cekap memandu kenderaan.

                            xii.            Diskriminasi – layanan buruk sesuatu kumpulan etnik terhadap kumpulan etnik lain, biasanya oleh kumpulan etnik dominan terhadap kumpulan etnik minoriti. Contohnya, diskriminasi yang berlaku kepada golongan berkulit hitam oleh orang berkulit putih.

                          xiii.            Akomodasi – satu proses dimana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Di Malaysia contoh akomodasi yang ketara ialah penggunaan bahasa Melayu dan amalan kebebasan beragama terhadap rakyat yang terdiri dari etnik bukan Melayu.

                          xiv.            Akulturasi – satu proses peminjaman budaya yang berlainan dalam kalangan individu atau kelompok daripada sesuatu kebudayaan lain. Di Malaysia contohnya ialah bahasa, tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya.

                           xv.            Asimilasi – proses mencairkan identiti asal oleh etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, bugis, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama etnik tersebut.

                          xvi.            Amalgamasi – satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Contohnya seperti Pan Asia, Melayu-Arab, China-India dan seumpamanya.

3)      CIRI DAN CONTOH MASYARAKAT DAN BUDAYA.

Ciri-ciri masyarakat:
·         Berkelompok – Mereka yang hidup bersama, saling mengenali dan bergantungan. Contohnya, seorang manusia tidak dapat meneruskna hidupnya tanpa bergantung dengan orang lain.

·         Berkebudayaan – Tiada masyarakat maka tiadalah budaya dan sebaliknya.Budaya itu pula diwarisi dari generasi kegenerasi berikutnya dengan proses penyesuaian. Contohnya, orang melayu mengamalkan budaya kunjung mengunjung yng diwarisi dari generasi terdahulu.

·         Mengalami perubahan – Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri. Seperti masyarakat melayu islam yang mengalami perubahan dari segi pakaian mengikut peredaran semasa tetapi masih mengikut ajaran islam.

·         Berinteraksi – Masyarakat berhubung dan bekerjasama diantara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak.

·         Mempunyai kepimpinan – Pemimpin terdiri daripada ketua keluarga, ketua
·         kampung, ketua negara dan sebagainya. Kepimpinan dalam masyarakat Melayu awal,bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan.

·         Mempunyai aturan sosial – Ia meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya atau ia merujuk kepada susun lapis masyarakat. Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta.

Ciri-ciri budaya:
·         Dipelajari – budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari dan ia melibatkan banyak unsur seperti asimilasi dan adaptasi.

·         Dikongsi - Ia bermaksud setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

·         Sejagat - Kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia.Namun ia berbeza antara masyarakat kerana pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

·         Diwarisi - Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Budaya yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu.

·         Berubah - Tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk,ciri dan proses yang berlaku.

·         Perlambangan - Budaya boleh ditunjukkan dalam bentuk perlambangan seperti logo, bendera, ukiran dan lain-lain.

·         Pandangan semesta - Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian.



MINGGU KE 3 (27/9/2016)

1)      AMBIL NILAI POSITIF ATAU NEGATIF DALAM VIDEO, BAGAIMANAKAH ANDA INGIN MEMANFAATKAN PENGETAHUAN ANDA TERHADAP PERJANJIAN ASALI DALAM KEHIDUPAN HARIAN ANDA.

Nilai negatif dalam video itu ialah memandang rendah pada orang lain dan menganggap duit adalah penyelesaian masalah. Dari perjanjian asali, kita mengetahui yang seluruh umat manusia telah membuat perjanjian dengan Allah, dengan mengakui Allah tuhan kita. Dari perjanjian itu kita merumuskan yang tiada seorang pun terlepas dari membuat perjanjian itu, bererti seluruh manusia itu sama disisi Allah. Mengapa kita perlu memandang rendah pada orang lain sedangkan kita sama-sama makhluk ciptaan Allah. Mungkin ada yang kurang berkemampuan daripada kita, tetapi Allah itu maha adil. Sesungguhnya, Allah menilai manusia bukan berdasarkan harta, keturunan, pangkat mahupun paras rupa, tetapi berdasarkan iman dan ihsan. Oleh itu, janganlah kita saling benci membenci, tetapi pupuklah rasa kasih sayang sesama manusia.

2)      TERJEMAHAN SURAH AL-HUJURAT (AYAT 6-13)

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.


Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemauanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu "cinta" kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,


sebagai kurnia dan nikmat dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.



Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.


Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.


Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.


Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.



MINGGU KE 4 (4/10/2016)

1} LAKARKAN SATU PETA MINDA MENGENAI KONSEP UMMAH MENURUT ISLAM.

Konsep ummah adalah konsep yang terpenting dalam pemikiran politik islam.“Ummah” boleh didefinisikan sebagai satu kesatuan yang menimbulkan kesatuan semua warga muslim, konsep ini berperanan sebagai simbol kesatuan dan kekuatan yang mengwujudkan kesatuan secara bersamaan.

Pada umumnya kata Ummah digunakan dalam arti jama’ (plural) seperti disebut dalam firman Allah: "Dan hendakllah ada di antara kamu segolongan ummah yang menyeru kepada kebaikan." (QS, Ali ‘Imran: 104)






2} SENARAIKAN BUDAYA MATERIAL DAN NON-MATERIAL BAGI 5 ETNIK DI MALAYSIA


Budaya Material dan Non Material

Definisi:

Budaya Material

Segala ciptaan manusia yang berbentuk objek-objek tertentu seperti alat, bangunan, senjata, kenderaan dan lain-lain. Kebudayaan yang mengacu pada semua ciptaan masyarakat yang nyata dan konkret. Contoh kebudayaan material ini adalah barang-barang seperti televisyen, pakaian, dan benda-benda lain yang nyata.

Budaya Non-Material

Bersifat bukan kebendaan dan abstrak. Ia adalah sesuatu ciptaan manusia yang berbentuk abstrak seperti kepercayaan, adat resam, undang-undang dan sebagainya. Merupakan ilmu pengetahuan yang diwariskan dari generasi ke generasi, secara terus menerus, interaksi mereka dengan alam, serta sejarahnya dan memberikan mereka makna jati diri.

Budaya Material dan Non Material 5 Etnik di Malaysia.
  •       Baba Nyonya
Budaya Material - Golongan Nyonya amat sinonim dengan pemakaian baju kebaya dengan kain sarung. Selai itu, Baba dan Nyonya juga turut memakai pakaian kaum Cina. Kaum Nyonya juga mempunyai kasut yang agak unik seperti kasut manik. Kasut manik ialah alas kaki buatan tnagan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca yang bersigi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Rekaan kasut manik tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar peranakan dan sarung batik. Mulai tahun 1930 an, kasut manik menjalani perubahan dengan diberikan rekaan moden dan ditambahkan tumit.

Budaya Non Material - Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan. Seperti kaum lain kaum Baba Nyonya juga turut mempunyai adat resamnya tersendiri. Perkahwinan kaum ini banyak mengikut cara perkahwinan seperti masyarakat Cina seperti upacara Cheo Thau. Upacara cheo thau dimulakan di rumah pengantin perempuan terlebih dahulu di mana sam kai ( colok ) akan dinaikkan mengadap pintu utama ruang tamu. Seterusnya ibu bapa pengantin akan memasang lilin merah di atas meja yang di sediakan. Cheo thau merupakan satu upacara penyatuan di antara suami isteri. Upacara ini dilakukan bagi memberitahu kedua-dua mempelai bahawa mereka akan berkahwin dan akan menghadapi masyarakat luar tanpa perlindungan daripada keluarga mereka lagi. Upacara ini dijalankan pada waktu pagi antara tiga hingga empat pagi atau waktu malam.

  •        Bugis
Budaya Material - Baju Bodo adalah pakaian adat suku Bugis dan diperkirakan sebagai salah satu busana tertua di dunia. Sesuai dengan namanya “bodo” yang berarti pendek, baju ini memang berlengan pendek. Dahulu Baju Bodo dipakai tanpa baju dalaman sehingga memperlihatkan payudara dan lekuk-lekuk dada pemakainya, dan dipadukan dengan sehelai sarung yang menutupi bagian pinggang ke bawah badan. Namun seiring dengan masuknya pengaruh Islam di daerah ini, baju yang tadinya memperlihatkan aurat pun mengalami perubahan. Busana transparan ini kemudian dipasangkan dengan baju dalaman berwarna sama, namun lebih terang. Sedangkan busana bagian bawahnya berupa sarung sutera berwarna senada.

Budaya Non Material - Upacara perkawinan dalam suku Bugis disebut Mappabotting sementara itu istilah perkawinan dalam suku bugis disebut siala yang mempunyai arti saling mengambil satu sama lain. Perkawinan adalah ikatan timbal balik antara dua manusia berlainan jenis kelamin untuk menjalin sebuah hubungan kekeluargaan. Istilah perkawinan dalam suku Bugis juga bisa disebut mabinne berarti menanam benih, maksudnya menanam benih dalam kehidupan rumah tangga.

  •       Minangkabau
Budaya Material – Di Malaysia dan Singapura, masakan ini juga sangat digemari, begitu pula dengan negara-negara lainnya. Bahkan, seni memasak yang dimiliki masyarakat Minang juga berkembang di kawasan-kawasan lain seperti Riau, Jambi, dan Negeri Sembilan, Malaysia. Salah satu masakan tradisional Minang yang terkenal adalah Rendang, yang mendapat pengakuan dari seluruh dunia sebagai hidangan terlazat . Masakan lainnya yang khas antara lain Asam Pedas, Soto Padang, Sate Padang, dan Dendeng Balado. Masakan Minang mengandung bumbu rempah-rempah yang kaya, seperti cabai, serai, lengkuas, kunyit, jahe, bawang putih, dan bawang merah. Beberapa di antaranya diketahui memiliki aktivitas antimikroba yang kuat, sehingga tidak mengherankan jika ada masakan Minang yang dapat bertahan lama.Pada hari-hari tertentu, masakan yang dihidangkan banyak yang berbahan utama daging, terutama daging sapi, daging kambing, dan daging ayam. Masakan ini lebih dikenal dengan sebutan Masakan Padang.

Budaya Non Material - Dalam proses perkawinan adat Minangkabau, biasanya dikenali sebagai baralek, dan terdapat beberapa tahap yang sering dilakukan. Dimulai dengan maminang (meminang), manjapuik marapulai (menjemput pengantin lelaki), sampai basandiang (bersanding di pelamin). Setelah maminang dan muncul kesepakatan manantuan hari (menentukan hari pernikahan), kemudian diteruskan dengan pernikahan secara Islam yang biasa dilakukan di masjid, sebelum kedua pengantin bersanding di pelamin. Pada negeri tertentu setelah ijab kabul di depan penghulu atau tok kadi, pengantin lelaki akan diberikan gelaran baru sebagai panggilan penganti nama kecilnya. Kemudian masyarakat sekitar akan memanggilnya dengan gelaran baru tersebut. Gelaran terdiri dari sutanbagindo atau sidi (sayyidi) di kawasan pesisir pantai. Sementara itu di kawasan Luhak Limopuluah, pemberian gelaran ini tidak berlaku.


  •      Bajau
Budaya Material – Dari segi makanan ,terdapat pelbagai jenis makanan.Antaranya ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh. Makanan tradisional kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesies, antaranya lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu. Kima di jadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera seseorang. Ia juga boleh di makan bersama sayur. Selain itu, makanan tradisional putu pula adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali,sehingga warna kekuning-kuningan.


Budaya Non Material - Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai. Tarian Limbai merupakan satu tarian tradisional suku kaum bajau Kota Belud.T arian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak kerumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai,perarakan dihentikan buat sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin.Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan ijab dan kabul. Tarian Limbai diiringi oleh irama kulin tangan. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang,dua orang pemaian gong dan seorang pemain bebandil. Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.

  •       Bidayuh
Budaya Material – Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh. Kaum lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini. Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang mereka jalankan.

Budaya Non Material - Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati hak sebagai anggota biik atau ramin itu. Masyarakat Bidayuh mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap inses, perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam masyarakat tersebut. Masyarakat Bidayuh juga melarang perkahwinan antara sepupu. Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir akan termakan sumpah namun kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama antara nenek datuk rnereka dengan keturunan bekas musuh rnereka, maka larangan tersebut mansuh. Di kalangan kumpulan Dayak Bukar-Sadong, peraturan tentang perkahwinan agak longgar. lelaki dan perempuan boleh bebas bergaul dan berkenalan antara satu dengan lain sebelum mereka berkahwin.


3} BERDASARKAN SURAH AR-RUUM AYAT 22, HURAIKAN BAGAIMANA ISLAM MENGANGGAPI BUDAYA MASYARAKAT MAJMUK 





Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.




(..dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu.) Berdasarkan surah Ar-Ruum ayat 22, ayat ini menunjukkan bahawa setiap kaum mempunyai bahasa dan warna kulit yang berbeza. Islam menganggapi bahawa masyarakat memerlukan agama supaya mereka hidup dalam harmoni di mana tiada pergaduhan di kalangan sesuatu etnik dengan etnik yang lain. Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk contohnya seperti Melayu, India dan Cina. Setiap kaum mempunyai bahasa yang tersendiri dan warna kulit yang berbeza melambangkan setiap kaum di mana warna kulit orang Melayu lebih kepada sawo matang berbanding dengan orang Cina yang berkulit cerah. Untuk hidup harmoni dalam kalangan masyarakat yang majmuk, setiap etnik harus mempunyai pegangan agama yang kuat dan hidup bersandarkan agama masing-masing.



MINGGU KE 5 (11/10/2016)

PENGARUH HINDU DAN BUDDHA KE ATAS MASYARAKAT MELAYU AWAL

Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, pengaruh hindu dan Buddha ini tidak sangat mempengaruhi penduduk tempatan.Contohnya, tidak ada nama hindu yag dipakai oleh masyarakat tempatan kecuali dalam golongan bangsawan sahaja. Sebaliknya nama masyarakat melayu banyak berunsurkan alam flora contohnya nama bagi wanita yang diambil berdasarkan nama bunga seperti Melur, Tanjung, Kenanga, manakala bagi lelaki diambil daripada nama hari seperti Sabtu, Jumaat, Rabu dan lain-lain.



Syed Muhammad Naquib Al-Attas tidak menafikan bahawa wujud pengaruh hinduisme dan buddhisme dari segi budaya dan adat dalam kalangan orang melayu rakyat biasa. Antaranya ialah:

1) PENGARUH DALAM SISTEM PEMERINTAHAN
Gelaran raja bermula selepas kedatangan pengaruh system beraja India. Di bawah raja ialah kerabat di raja dan pembesar termasuk ahli agama seperti Brahmin. Selepa situ rakyat dan diikuti hamba . Raja berkuasa mutlak dalam semua hal, perintahnya menjadi undang-undang, menentangan dianggap derhaka. Walau bagaimanapun raja harus adil kepada golongan diperintah. Rakyat takut untuk menderhaka terhadap raja, maka muncul kosep dewa-raja yang mempunyai sakti. Unsur mitos dan lagenda digunakan untuk memperkuatkan kedudukan pemerintahannya. Upacara pertabalan dipimpin oleh Brahmin bertujuan untuk membezakan kedudukan raja daripada golongan diperintah. Raja yang terpengaruh sistem hindu atau Buddha membina kompleks kota yang melambangkan alam semesta (orde kosmos). Negara dianggap alam semeta, raja dan ibu kota ialah pusat alam (pusat pemerintahan), maka raja perlu mengatur kesejahteraan Negara dan rakyat ( alam semesta).

2)  PENGARUH DALAM PEMERINTAHAN ANGKOR
Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavaram II. Raja dianggap raja dewa dan dibantu oleh pembesar didalam kalangan pegawai tentera dan hakim atau gabenor di daerah. Brahmin pula berperanan dalam upacara agama.

3) PENGARUH DALAM PEMERINTAHAN SRIVIJAYA
Pengaruh yang muncul ialah agama Buddha Mahayana. Raja dibantu oleh pentadbiran pusat dan daerah. Pentadbiran pusat  terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra. Seorang daripada mereka bakal menggantikan raja kecuali raja putra kerana beliau anak gundik.  Di bawah anak raja ialah ketua pentadbiran pusat (parvanda atau senapati), seterysnya pegawai lain seperti hakim, temenggung dan penghulu. Kedudukan hamba terletak paling bawah sekali. Pentadbiran daerah dibantu oleh Datu (dilantik raja) dan bhupati (orang-orang kaya). Datu perlu besumpah taat setia di Telaga batu Palembang, berdasarkan bukti jumpaan baru bersurat disitu.

4) PENGARUH DALAM KESENIAN MONUMEN
Monumen ialah binaan atau bangunan daripada batu untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting seperti candi atau kuil, wat atau stupa, arca dan patung. Candi berperanan sebagai rumha ibadat, menyiman abu jenzah raja dan keluarganya, menyimpan patung dewa utama ataulambing kehebatan raja. Angkor Wat dan Borobudur melambangkan orde kosmos. Rumah ibadat di Thailand, Kemboja, Vietnam disebut wat, tetapi di Burma disebut stupa, di Indonesia disebut candi. Candi Dieng dan Prambanan di Indonesia untuk agama hindu, tetapi candi seperti Chaiya dan Yarang di Thailand untuk agama Buddha. Patung hindu seperti patung dewa Siva, Brahma dan Durga. Candi dan patung dia asia tenggara hasil campuran gaya tempatan dan India. Antara pengaruh India tersebut ialah patung zaman Dinasti Gupta.

5) PENGARUH BAHASA SANKRIT
Dalam bidang intelektual, batu bersurat tulisan sankrit mengandungi maklumat agama, pemerintahan  dan raja. Contohnya di Kuteitentang keturunan raj, di Sg Mas Kedah Tua mengenai agama Buddha. Inskripsi di Paembang memaparkan kemahiran pahay batu yang tinggi dan penulisnya mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa sankrit. Bahasa sankrit  ini juga digunakan dalam kitab-kitab keagamaan dan bahasa. Bahasa sankrit telah disesuaikan dalam bahasa melayu seperti perkataan dukkha(duka) dan dorhaka(derhaka). Bahasa sankri juga terdapat dalam kitab sastera hindu, Buddha dan tamil.

6) PENGARUH DALAM KESUSATERAAN
Pengaruhnya terdapat dalam epik Ramayana danMahabrata serta Puranas (sastera klasik asia tenggara).  Pengaruh dalam puisi dan prosa jawa seperti Nagarakertagama dan sutasoma. Epik disampaikan melalui kesusasteraan, cerita lisan dan teater seperti wayang kulit. Karya Mahabrata diadun dengan undur tempatan seperti Hikaya Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya. Karya Ramayana pula melahirkan Hikayat Seri Rama.




MINGGU KE 6 (18/10/2016)


BUKTI KEHARMONIAN MASYARAKAT MAJMUK DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kemuncak pluraliti di Tanah Melayu adalah ketika Zaman Kesultanan Melayu Melaka.  Kedudukan Melaka yang strategic, tempat pertemuan pedagang  seluruh pelosok dunia, pemerintah yang visionary, diplomasi terbuka, undang-undang yang kuat berterasan Islam serta kebijaksanaan pahlawan dan syahbandar telah menyebabkan ramai pedagang asing berhijrah ke Melaka.
Maka berlakulah apa yang dikatakan masyarakat pluralistic semulajadi dan proses berakomodasi antara pedagang dari China dan India dengan masyarakat tempatan. Contohnya, wujudnya masyarakat Baba Nyonya dan mamak di Melaka.

Pada zaman penjajahan British, berlaku kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan, maka British membawa masuk buruh dari China dan India. Masyarakat China diberi peranan mengusahakan lombong-lombong bijih timah manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang getah. Masyarakat Melayu pula ditempatkan di kawasan kamoung-kampung dan bekerja sebagai petani.

Walaupun penghijrahan masyarakat China dan India telah berlaku sebelum jajahan British, namun selepas kedatangan British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan jaminan keselamatan seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasi masuk.
Antar bukti cara-cara migrasi masyarakat China ialah mereka masuk melalui sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, sistem pengambilan rumah kongsi dan kemasukan secara berkumpulan. Manakala bagi masyarakat India pula, mereka masuk melalui sistem kontrak, sistem kangani dan sitem buruh bebas.

Antara bukti jelas keharmonian masyarakat majmuk di zaman kesultanan Melayu Melaka ialah:
      1).       Pemerintahan dijalankan dengan cara penuh diplomasi dan terbuka. Perlantikan jawatan penting dalam kerajaan adalah terbuka kepada semua etnik. Dalam hal ini, menurut sejarah Raja Mendeliar seorang yang berketurunan India pernah dilantik memegang jawatan penting di istana sultan.
2    2).       Memberi peluang kepada etnik imigran untuk tinggal di Melaka, bahkan untuk berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum di Melaka
3    3).       Menjalankan dan menguatkuasakan undang-undang yang tegas untuk memberi keadilan kepada semua penduduk dan pedagang i.e Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan Islam
4    4).       Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang dari seluruh pelosok dunia tanpa syarat menjadikan Melaka sebuah negeri yang sangat maju dan berkembang sebagai sebuah pelabuhan terpenting di dunia.
5    5).       Perlembagaan untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi turut dipersetujui oleh masyarakat China dan India. Sebagai kompromi kepada persetujuan yang dicapai, hak kewarganegaraan diberikan kepada pendatang dari China dan India. Dimaktubkan juga kebebasan untuk terus mengamalkan agama masing-masing dalam ruang lingkup perundangan yang ada.




MINGGU KE 7 (25/10/2016)

1) MENGAPAKAH KEMERDEKAAN DIAWALKAN SETAHUN


Persiapan Degelasi Merdeka Ke London


Untuk merundingakan kemerdekaan dengan British di London bukanlah semudah sekarang, kerana perbelanjaan untuk menaiki kapal laut dan kapal terbang ketika itu memerlukan kos yang tinggi.

Mengimbau kembali peristiwa yang berlaku dalam Persidangan Umno di Dewan Hang Tuah Bandar Hilir, Melaka sekitar tahun 1955. Ketika itu Tunku berucap yang beliau akan berangkat ke London bersama Raja-raja Melayu.

Dengan loghat Kedah, Tunku berkata,”Saya ni nak pi London. UMNO tak dak duit, saya pun tak dak duit. Saya jual istana ayahanda duk murka. Ayahanda suruh saya jadi raja, saya tak mau, saya nak jadi Presiden UMNO, bagi Malaya merdeka”.

Orang menangis bergenang air mata, tapi Tunku menangis air mata bercucuran membasahi pipinya. Lantas para serikandi UMNO dengan segera menyahut seruan Tunku dengan menyerahkan apa jua barangan kemas yang ada di badan seperti gelang, loket, subang, pin baju dan sebagainya untuk didermakan bagi membiayaai pemergian Tunku dan rombongan. Manakala yang lelakinya pula menyerahkan tongkat berkepala emas, jam tangan dan lain-lain barang berharga. 

Walaupun ianya tidak mencukupi tetapi semangat orang-orang Melayu begitu tinggi untuk bersama berkorban apa saja bagi mencapai hasrat kemerdekaan Tanah Melayu.
Pada 1hb Januari 1956, Tunku dan rombongan kemerdekaan bertolak ke Karachi, Pakistan dengan kapal laut MV Asia dari Singapura.  Dari Karachi, mereka meneruskan penerbangan ke Kaherah seterusnya ke London.

Tercacat Sejarah Penetapan Kemerdekaan pada 31.08.1957

Rombongan Tunku sampai di London pada 14hb Januari 1956. Mereka kemudiannya berunding dengan perwakilan kerajaan British, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu dan lain-lain. Rundingan berjalan dari 16hb Januari hingga 6hb Februari 1956.

Akhirnya kerajaan British akur memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian London telah ditandatangani pada 8hb Februari 1956. Mereka menetapkan tarikh 31hb Ogos 1957 bagi Persekutuan Tamah Melayu mencapai kemerdekaan mutlak.

Inilah tarikh keramat yang kita sambut setiap tahun sebagai tarikh pembebasan Tanah Melayu dari belenggu penjajah.
  
Sambutan Kepulangan Rombongan Merdeka di Bandar Hilir Melaka

Rombongan Tunku dari London sampai ke Singapura dan kemudiannya ke Melaka. Satu sambutan besar-besaran diadakan membabitkan kira-kira 100,000 orang orang yang menunggu di Padang Bandar Hilir yang kini dikenali sebagai Dataran Pahlawan.

Sesungguhnya laungan MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! telah berkumandang di sini buat pertama kalinya  pada 20hb Februari 1956.

Dengan itu maka pelbagai persiapan untuk pengisytiharan kemerdekaan telah dilakukan termasukalah pembinaan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
  
Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Penggubalan perlembagaan bukanlah satu kerja yang mudah dan memerlukan banyak siri perbincangan dan tolak-ansur antara orang-orang Melayu dengan kaum-kaum Cina dan India. Ini kerana kemerdekaan mutlak yang bakal diperolehi adalah juga kerana persefahaman antara kaum-kaum ini dalam Pilihanraya Persekutuan yang pertama dan kerja keras mereka merundingkan perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu.
Sebuah suruhanjaya telah ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Terdapat pelbagai bantahan dan penerimaan dari pelbagai golongan bagi draf perlembagaan sebelum ianya diluluskan.



Antara perkara penting yang dimasukkan dalam perlembagaan ialah mengenai tuntutan keistimewaan orang-orang Melayu dalam Perkara 153  adalah menepati kehendak Memorandum Perikatan. Disamping ugama Islam dijadikan ugama rasmi negara.

Draf Perlembagaan kemudiannya telah dibincangkan di London dengan kunjungan ini di ketuai oleh Tunku pada 10hb Mei 1957.   Dalam mesyuarat dengan kerajaan British, beberapa persetujuan telah dicapai. Kertas Putih Kerajaan yang mengandungi pindaan-pindaan ke atas Penyata Reid telah dikeluarkan. Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa  kebangsaan.

Yang Dipertuan Agong telah diberi tanggungjawab oleh perlembagaan untuk menjaga kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak-hak yang halal bagi kaum-kaum yang lain.

Rang undang-undang itu kemudiannya telah dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan pada 10hb Jun 1957 dan diluluskan.



2) APAKAH POLIMIK YANG TIMBUL TENTANG RUU 355 DAN MENGAPAKAH RUU 355 TIMBUL.



Suatu Akta untuk memberi bidang kuasa kepada Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang – undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah hukum syarak. 1hb April 1965

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut.

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian.
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.
(2) Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi semua Negeri di Semenanjung Malaysia.

Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis:
Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

Seksyen 3. Pengesahan.
Segala kesalahan di bawah hukum Syarak yang sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini berhubungan dengan Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia dan yang sebelum mula berkuatkuasanya Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan dan Perluasan) 1989 berhubungan dengan Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak telah dibicarakan oleh mana-mana Mahkamah yang disebut terdahulu hendaklah disifatkan telah dibicarakan dengan sah seolah-olah bidang kuasa yang berkenaan dengannya telah diberi kepada Mahkamah-Mahkamah tersebut oleh undang-undang Persekutuan.

Maka disini jelas terbukti hudud langsung tiada perkaitan dengan permohonan pindaan Akta RUU 355 kerana permohonan yang diusulkan bertujuan untuk memperkasakan lagi hukuman yang terkandung dalam hukum kanun jenayah syariah di mana ia dibataskan kepada kadar yang telah disebutkan di atas. Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie. Itu pun kali terkahir ia dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000.
Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan langsung tidak menggerunkan para pesalah yang beragama Islam. Apa yang dicadangkan hanyalah untuk meningkatkan hukuman maksimum yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri sendiri dan sangat jelas iabukan bermaksud hukum hudud. Malah pindaan ini bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan bagi kesalahan-kesalahan mencuri, merompak, zina, qazaf, minum arak dan murtad yang dikendalikan oleh Mahkamah Syariah.
Maka masyarakat bukan Islam di negara ini tidak perlu gusar dengan pembentangan pindaan Rang Undang-Undang, (RUU) Akta 355 malah hal ini turut diakui oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kerana usul ini membabitkan akta peringkat persekutuan,dan ia masih tertakluk kepada persetujuan pemakaiannya kepada negeri kerana urusan agama(Mahkamah syariah)terletak bawah kuasa negeri khususnya DYMM Raja atau sultan masing masing.


3) RINGKASAN PERISTIWA KERANDA 152


Keranda 152 merujuk kepada perarakan bantahan para pejuang Bahasa Melayu terutama penulis dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang mencapai kemuncaknya pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara tokoh terpenting ialah Usman Awang yang ketika itu menjadi editor Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya yang diterbitkan DBP. Perarakan ini merupakan simbolik kepada kematian Bahasa Melayu apabila kerajaan Malaysia tidak menepati janji untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman.

Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 jelas mencatatkan kedudukan Bahasa Melayu akan dinaikkan kedudukan secara berperingkat dari 31 Ogos 1957 kepada tahap lebih baik 10 tahun kemudian iaitu pada 1967. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah salah satu dari kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa termasuk Cina, India dan lain-lain. Ketika Malaysia baru merdeka pada 1957, parti pemerintah beranggapan bahawa Bahasa Melayu belum bersedia untuk mengambil alih tugas Bahasa Inggeris yang digunakan oleh pentadbiran penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara.


Lebih 2,000 pejuang bahasa termasuk pengarah DBP, Allahyarham Tun Syed Nasir Ismail dan Allahyarham Usman Awang berhimpun dan berucap di Balai Budaya, DBP selepas sembahyang Jumaat pada 3 Mac 1967. Mereka mahu berarak membawa keranda putih bertulis Perkara 152 ke bangunan Parlimen yang terletak di Jalan Mahameru, kira-kira 3 km dari DBP. Namun kerajaan Perikatan tetap bertegas dengan Bahasa Inggeris.(sumber :wikipedia.org/wiki/Keranda_152)



4)  RASIONAL DIPERUNTUKKAN PERKARA-PERKARA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Rasional wujudnya Perkara 3 – Islam sebagai agama persekutuan:
·         Walaupun Islam adalah agama Persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan
·         Islam telah diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris
·         Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris
·         Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada Raja-raja Melayu
·         Sesuai dengan takrif Melayu, Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu

Rasional wujudnya Perkara 152 – Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
·         Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum
·         Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya
·         Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan
·         Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.

Rasional wujudnya Perkara 153 – kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera
·         Orang Melayu menerima prinsip Jus Soli dan orang bukan Melayu perlu menerima hakikat hak keistimewaan orang Melayu dimasukkan dalam perlembagaan
·         Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan, terlalu sedikit orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan
·         Orang Melayu hanya menjadi pemerhati kepada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu atau Malaysia
·         Majoriti orang Melayu adalah miskin terutama di luar bandar serta sukar mendapat peluang pendidikan
·         Orang Melayu masih kurang menceburi bidang perniagaan dan perlu dibantu serta dibimbing 

5) ANALISAKAN PERBANDINGAN PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

DEFINISI PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA:

Piagam Madinah ialah Undang-Undang pertama yang digubal oleh Rasulullah S.A.W. Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w, pada tahun 622M bersamaan  tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia .

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

SEJARAH PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

  Piagam Madinah:

Sejarah Piagam Madinah bermula oleh Nabi Muhammad s.a.w, pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal. Selain itu, 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin. Di samping Itu, 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.

Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah atau di kenali sebagai perlembagaan madani, baginda telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah:
·         Langkah pertama - Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah.
·         Langkah kedua - Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.
·         Langkah ketiga - Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.

   Perlembagaan Malaysia:

Sejarah perlembagaan Malaysia bermula daripada Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British, penasihat Majlis Raja-Raja dan Pemimpin-Pemimpin parti.

Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum yang disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.

TUJUAN PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

  Tujuan Piagam Madinah:
·         Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
·         Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
·         Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
·         Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
·         Mewujudkan keamanan di Madinah
·         Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
·         Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
·         Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
·         Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
·         Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah

  Tujuan Perlembagaan Malaysia:
 
·         Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil
·         Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
·         Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
·         Sebagai alat untuk menyelesaikan masalah
·         Menjamin riwayat negara bangsa
·         Menjamin keamanan dan kestabilan Negara.


        KESIMPULAN

Terdapat perkara yang sama dalam Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia. Kita perlu mengetahui persamaan antara Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia. Contohya, Piagam Madinah dan perlembagaan Malaysia ini semua berasaskan undang-undang yang di cipta untuk kemakmuran sesuatu masyrakat dan negara. Terdapat juga beberapa perbezaan dari pelbagai sudut mahupun aspek. Dimana, jelas terbukti bahawa hamba Allah iaitu Rasulullah SAW yang telah memulakan semua pemerintahan secara teratur berdasarkan Wahyu (wahyu daripada Allah). Berbeza pula dengan Perlembagaan Malaysia yang digubal oleh orang yang dilantik daripada suara ramai dan penyokong yang banyak.
                                                                                              
Malah, jelas terlihat bahawa hukum yang tertinggi atau hakim bagi Piagam Madinah ialah Allah SWT (sebarang peraturan yang bercanggah daripada apa yang dibawa oleh Nabi adalah salah dan tidak boleh digunapakai sama sekali). Berbeza juga dengan Perlembagaan Malaysia iaitu hukum yang tertinggi ialah perlembagaan Lord Reid yang berasaskan ideologi manusia. Dimana, sebarang percanggahan terhadap perlembagaan ini akan terbatal termasuk undang-undang Islam itu sendiri.

Akhir sekali, Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia merupakan satu platform untuk membangunkan negara kearah perpaduan. Dimana, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri disebalik perbezaannya.



MINGGU KE 8 (1/11/2016)

1) NILAIKAN TAHAP EKONOMI MALAYSIA BERDASARKAN PADA UKURAN KUNTITATIF DAN KUALITATIF (DATA, STATISTIK, KADAR PENGANGGURAN, KDNK, HUTANG NEGARA)

Berdasarkan jenis data dan cara pengolahannya, secara umum, kajian dapat dibezakan atas penyelidikan kualitatif dan penyelidikan kuantitatif. Bagi menilaikan tahap ekonomi Malaysia pada dasar kuantitatif dan kualitatif rujukan dibuat mengikut OCBC Bank dalam laporan unjuran ekonominya.

1. Pertumbuhan ekonomi negara mungkin berkurangan
 Berbanding pertumbuhan ekonomi 4.8% tahun lalu, OCBC Bank mengunjur negara akan bertumbuh 4.7% bagi 2016. Ketua Pakar Ekonomi OCBC Bank Selena Ling berkata, Malaysia dijangka terus terpengaruh dengan faktor  luaran seperti tahun lalu. "Kami menjangka cerita sama untuk Malaysia tahun ini, ekonomi akan perlahan disebabkan kelemahan harga minyak, ketidaktentuan ekonomi dunia dan kelembapan ekonomi China," katanya.
2. Ringgit mungkin cecah RM4.59 kepada dolar hujung tahun
OCBC menjangka ringgit mungkin cecah paras RM4.37 kepada dolar Amerika pada Mac 2016, diikuti RM4.44 pada Jun, RM4.51 September dan RM4.59 menjelang Disember. Menjelang Disember, ia turut menjangka ringgit akan diniaga pada RM4.77 berbanding Euro, RM3.79 berbanding Yen dan RM3.12 berbanding dolar Australia.
3. Kos sara hidup mungkin terus meningkat
Inflasi dan kos sara hidup dijangka akan terus meningkat. Selain cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan kadar tol, kelemahan ringgit juga dijangka akan meningkatkan inflasi ke atas barangan yang diimport.
4. Pembuangan pekerja sektor minyak dan gas tidak akan bertambah buruk
"Saya menjangka ia tidak akan mencapai tahap sewaktu krisis kewangan Asia Tenggara pada 1997 dan 1998. Di seluruh Asia, sektor eksport dan minyak dan gas diganti oleh perkhidmatan dan penggunaan domestik sebagai enjin pertumbuhan. Jadi saya ramal akan ada penyerapan buruh dari sektor seperti minyak dan gas kepada sektor-sektor baru ini," kata Ling.

Selain itu, tahap ekonomi Malaysia turut dapat dinilai dari sudut kadar pengangguran. Kadar pengangguran tidak berubah pada 3.4 peratus bagi Januari 2016 dan Disember 2015. Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kadar pengangguran meningkat 0.3 mata peratus. Manakala, kadar pengangguran pelarasan bermusim adalah 3.2 peratus.
Pada suku tahun kedua 2016, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 4.0 peratus. Bagi pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, KDNK bagi suku tahun ini bertumbuh 0.7 peratus. Pertumbuhan mampan Perkhidmatan dan Pembuatan serta momentum tinggi bagi Pembinaan telah mengukuhkan lagi prestasi KDNK daripada segi pengeluaran. Walau bagaimanapun, pertumbuhan yang lemah bagi sektor Pertanian telah mempengaruhi prestasi keseluruhan ekonomi bagi suku tahun ini. Daripada segi perbelanjaan, pertumbuhan dipacu terutamanya oleh Perbelanjaan Penggunaan Akhir Swasta dan Pembentukan Modal Tetap Kasar. Bagi tempoh separuh pertama tahun 2016,

KDNK bertumbuh 4.1 peratus dengan nilai RM536.4 bilion pada harga malar dan RM589.5 bilion pada harga semasa. Kedudukan terkini jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2016 adalah sebanyak RM655.7 bilion atau 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

      2) DENGAN MENGAMBIL KAEDAH PEMBANGUNAN RASULULLAH, BINCANGKAN USAHA PEMBAIKAN EKONOMI YANG BOLEH DILAKUKAN SEKARANG.

Pada awal zaman pembangunan negara Madinah, Rasulullah telah menyedari bahwa kegiatan ekonomi merupakan urusan yang tidak boleh diabaikan pada ketika itu dan telah memutuskan untuk melakukan transformasi ekonomi dalam pelbagai cara. 
Antara usaha yang dilakukan Rasulullah untuk membangunkan akonomi Negara Madinah pada ketika itu ialah dengan memperkenalkan sistem zakat. Zakat merupakan salah satu sumber ekonomi pada ketika itu.  Pada tahun 2 hijrah, zakat telah diwajibkan ke atas orang Islam. Zakat dibahagikan kepada dua jenis iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Zakat harta merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta apabila sampai nisabnya dan genap setahun. Zakat fitrah diwajibkan oleh Rasulullah di bulan Ramadan dengan kadar yang ditetapkan ke atas makanan rugi kepada golongan yang berhak. Zakat berikan kepada golongan yang berhak menerimanya dari hukum syarak. Zakat harta benda termasuklah hasil pertanian, bintang ternakan tertentu, keuntungan perniagaan, emas, dan perak.
Antara Kepentingan zakat ialah selain daripada menandakan keimanan seseorang dan mengikis sifat bakhil dan bertujuan menyucikan harta, zakat juga memberi kesan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat Islam. Ianya dapat mengurangkan jurang kekayaan dan membantu golongan yang miskin dan berada dalam kesulitan. zakat juga telah terbukti menjadi item utama sumber pendapatan negara Madinah AlMunawwarah demi menjana pembangunan ummah.      
Zakat menduduki tempat terpenting dalam dasar dan operasi fiskal Islam. Ia dianggap sebagai alat fiskal semula jadi yang dibekalkan oleh Allah SWT dan berfungsi sebagai alat agihan pendapatan secara adil serta penggalak kegiatan ekonomi negara. Berbeza dengan dasar fiskal konvensional, dasar fiskal Islam mengiktiraf zakat sebagai instrumen di samping cukai dan perbelanjaan kerajaan. Zakat adalah unik kerana ia merupakan instrumen semula jadi yang membantu keseimbangan pendapatan negara melalui pengagihan pendapatan daripada golongan kaya kepada kumpulan miskin. Menolong golongan miskin adalah kewajipan golongan kaya kerana daripada hartanya ada hak orang lain iaitu orang miskin. 
Kesan zakat sebagai alat dasar fiskal Islam dapat dilihat dalam dua senario. Yang pertama, zakat dapat meningkatkan permintaan agregat dalam negara manakala kesan kedua zakat dapat mengelakkan pembekuan harta dalam ekonomi melalui kegiatan pelaburan yang dijalankan. Zakat dikenakan ke atas golongan kaya diagihkan kepada golongan miskin yang menyebabkan pendapatan orang kaya menurun dan pendapatan golongan miskin meningkat. Wang zakat yang diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin tadi akan digunakan oleh golongan ini untuk membeli barang-barang keperluan asas. Dengan peningkatan dalam kuasa beli, maka mereka mampu meningkatkan permintaan terhadap barang-barang dalam pasaran. Peningkatan kuasa beli boleh membantu menjana ekonomi negara secara tidak langsung kerana ia mewujudkan kesan rantaian terhadap sektor ekonomi yang lain. Permintaan pengguna yang bertambah ini akan menggerakkan pengeluaran dalam ekonomi. Jelas disini bahawa, zakat merupakan salah satu aspek dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara.
Sebelum mengimplimentasikan kaedah Rasulullah dalam membangunkan ekonomi negara melalui sistem pungutan zakat, beberapa usaha perlu dilakukan untuk penambahbaikan sistem zakat negara iaitu memperkasakan peranan institusi zakat. Mengambil contoh kejayaan Rasulullah dalam pembangunan ekonomi negara Madinah, institusi zakat merupakan institusi yang memainkan peranan yang besar dalam aspek pembangunan ekonomi. Langkah dan saranan yang dapat dilakukan bagi memperkasa peranan institusi zakat ialah, memperbanyak dan menstruktur cawangan pusat pengurusan zakat di seluruh negara. Secara umumnya, purata pungutan zakat di kebanyakan negeri di Malaysia telah meningkat dari setahun ke setahun. Namun, pengagihan zakat memperlihatkan satu keadaan yang tidak stabil. Data menunjukkan bahawa pada tahun 2004, prestasi kutipan zakat telah meningkat sebanyak 71.6%, manakala prestasi pengagihan zakat hanya meningkat sebanyak 2.1% sahaja. Lebih mengejutkan, nisbah keseluruhan pengagihan zakat telah menurun daripada 23.9 peratus tahun 2004 kepada 20.85 peratus tahun 2007. Merujuk kepada data, dapat dilihat dengan jelas, pengagihan zakat kepada golongan asnaf tidak mencapai 100% dan ini membawa maksud terdapat lebihan zakat yang tidak dapat diagihkan kepada golongan asnaf.
Antara faktor berlakunya zakat tidak dapat diagihkan 100% adalah masalah perhubungan antara pusat-pusat zakat dengan golongan asnaf khususnya fakir miskin. Justeru, institusi zakat wajar meneruskan usaha dari semasa ke semasa dalam memperluaskan cawangan pusat zakat ke seluruh bandar dan kawasan yang strategik bagi memudahkan urusan pengutipan dan pengagihan zakat. Selain menambahkan bilangan pusat zakat, penstrukuran pusat zakat juga perlu dengan cara memusatkan pungutan dan pengagihan zakat. Kaedah memusatkan bermaksud, setiap pungutan zakat di sesuatu kawasan diagihkan atau diutamakan kepada asnaf-asnaf di pusat atau kawasan itu sendiri. Diharapkan semoga bilangan tepat golongan asnaf dapat dikenal pasti di sesebuah tempat supaya zakat dapat diagihkan secara total.


Secara tuntasnya, usaha memperkasa institusi zakat merupakan langkah pertama dalam menjadikan zakat sebagai salah satu sumber pendapatan ekonomi negara dan secara tidak langsung usaha ini membawa kepada kemajuan pembangunan ekonomi negara.

3) ADAKAH ZAKAT BERTUJUAN MEMBASMI KEMISKINAN

Usaha untuk membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang antara golongan berbeza pendapatan merupakan salah satu prinsip penting dalam ajaran Rasulullah s.a.w. Maka prinsip ini terserlah dalam amal ibadat umat Islam di mana membayar zakat mampu membela rakyat yang miskin dan tidak berkemampuan.
Zakat itu wajib supaya orang yang susah turut menerima bantuan daripada orang yang senang. Malah kewajipan zakat ini menjadi tunggak kepada negara Islam Madinah sama ada semasa zaman Rasulullah SAW mahupun zaman Khalifah Rasyidin.
Satu-satunya institusi yang ditubuhkan oleh Rasulullah bagi kerajaannya ialah Baitulmal yang bertanggungjawab mengutip dan mengagihkannya kepada orang yang memerlukan.
Tahap keseriusan zakat ini dapat dilihat apabila Saidina Abu Bakar melancarkan peperangan menentang mereka yang enggan membayar zakat selepas Rasulullah. Sesungguhnya zakat dan Baitulmal merupakan institusi asas kepada kerajaan Islam.
Bagi umat Islam, kisah hebat Khalifah Omar Abdul Aziz akan sentiasa dikenang di mana beliau sentiasa mahu memastikan Baitulmal kosong dengan semua kutipan diagih-agihkan dengan segera kepada fakir miskin. Bagaimanapun didapati tidak ada orang fakir dan miskin lagi di kota Damsyik kerana semuanya telah terbela.
Zakat sememangnya untuk memastikan golongan miskin juga terbela. Tetapi zakat fitrah yang diarahkan supaya dikutip sebelum sembahyang Hari Raya Aidilfitri adalah bertujuan supaya fakir miskin dapat turut merayakan hari raya. Maka agihannya juga perlu dibuat pada pagi hari raya itu juga.

     
MINGGU KE 9 (8/11/2016)

1) DALAM WAWASAN 2020 TERDAPAT 9 CABARAN. ANALISAKAN SETAKAT MANA UPAYA RAKYAT MALAYSIA DAPAT MENGHADAPI CABARAN-CABARAN TERSEBUT.

Cabaran yang pertama adalah untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu padu  Dalam erti kata lain, ketenteraman negara Malaysia dapat dijamin sekiranya adanya persafaham antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum.Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatupadu, Malaysia telah memperkenalkan pelbagai dasar-dasar dan program selain Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Dasar-dasar tersebut termasuklah Dasar Pendidikan Negara, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Perpaduan negara adalah matlamat penting dalam dasar dan program berkenaan. Kesemua dasar dan program ini boleh menyumbangkan ke arah hubungan sosial yang sihat di kalangan masyarakat majmuk, perkongsian nilai dan persepsi, persamaan ideniti sebagai rakyat Malaysia dan kebudayaan yang mengekalkan warisan bangsa. Stakat ini, rakyat malaysia berjaya menangani cabaran yang pertama memandangkan Malaysia masih dalam keadaan yang aman dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum masih dapat tinggal bersama-sama dalam suasana yang harmoni.

Cabaran yang kedua adalah untuk membina masyarakat yang berjiwa bebas ,tenteram dan berkeyakinan. Masyrakat yang berjiwa bebas adalah mereka yang tidak terkongkong dan terbelenggu dengan sesuatu fahaman dan memiliki minda yang bebas terpengaruh daripada jajahan minda oleh barat. 


2) BAGAIMANAKAH KERAJAAN MEREALISASIKAN PENGAGIHAN KEKAYAAN SECARA ADIL KEPADA SEMUA RAKYAT?



Di Malaysia, adalah amat penting untuk mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama. Ini adalah kerana tidak seharusnya dikuasai oleh satu etnik sahaja, manakala etnik yang lain tercicir. Kesan daripada kegagalan dalam agihan kekayaan yang adil boleh menjejaskan kestabilan masyarakat yang akhirnya membantutkan usaha-usaha pembangunan negara ke arah mencapai taraf negara maju menjelang 2020.



Antara cara kerajaan merealisasikan pengagihan kekayaan secara adil kepada semua rakyat adalah dengan memperkenalkan  Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan DEB ini diperkenalkan ialah untuk mencapai perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia. Selain itu, dasar ini juga turut melibatkan penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.



Selain itu, pihak kerajaan turut meluaskan peluang gologan miskin bergiat dalam bidang perindustrian dengan produktif. Mengikut statistik, ketidakseimbangan turut berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia dalam aspek kemiskinan. Kadar kemiskinan melibatkan kaum Melayu lebih tinggi jika hendak disbandingkan dengan kadar kemiskinan bagi kaum-kaum lain. Oleh itu peluasan peluang golongan miskin untuk bergiat dalam bidang perindustrian dilihat mampu mengagihkan kekayaan negara secara adil. Ini melibatkan pemberian gaji, peluang mendapatkan pinjaman dan bantuan-bantuan lain. 

Akhir sekali, pihak berwajib juga turut memodenkan penghidupan luar bandar melalui perluasan liputan infrastruktur asas seperti bekalan air, dan elektrik, perumahan, jalan, pelajaran dan kegiatan-kegiatan masyarakat. Pemodenan kawasan luar bandar dilihat sebagai kaedah dalam pengagihan kekayaan negara secara adil kerana setiap rakyat Malaysia berhak mendapatkan air bersih, elektrik bahkan peluang mendapatkan pendidikan secara sama rata dan adil. Kerajaan tidak sepatutnya membiarkan pemodenan hanya berlaku di kawasan bandar sahaja sehingga mengabaikan kawasan luar bandar. Mengikut populasi, kawasan luar bandar dimonopoli oleh kaum Melayu diikuti kaum India, kaum Cina dan lain-lain. Hal ini mewujudkan ketidaksamarataan dalam mengagihkan kekayaan negara. Kekayaan negara kerap digunakan terhadap memajukan bandar yang dimonopoli oleh kaum Cina. Oleh itu, usaha ini dilihat sebagai usaha yang baik dalam meengagihkan kekayaan negara secara adil.



3) APAKAH CIRI-CIRI POLITIK YANG STABIL.

1.       Kerajaan pusat yang kuat mentadbir di sesebuah negara.
2.       Tiada peperangan atau penjajahan.
3.       Tiada berlaku pergaduhan antara kerajaan-kerajaan kecil.
4.       Tidak berlakunya huru-hara, rusuhan dan pemberontakkan.
5.       Tiada berlaku pergulingan pemerintahan.
6.       Keadaan hidup yang selamat, masih bebas melakukan rutin harian seperti biasa.
7.       Pemerintah yang bertanggungjawab.
8.       Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang membangun.
9.       Pendidikan dan kemahiran rakyat tinggi dan stabil.
10.   Bidang ekonomi dan pembangunan negara yang berkembang maju.


No comments:

Post a Comment