Sharing


MINGGU KE 6 (18/10/2016)

FASA PENJAJAHAN

Pengenalan
Penjajahan bermula selepas Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis
Pemimpin ketika itu Sultan Mahmud Shah – tidak berkaliber, kumpul kekayaan peribadi, pilih kasih dan cukai tidak seragam, rasuah dan korupsi
Kelemahan ini bermulanya era penjajahan akibat pedagang berpaling tadah
Penjajahan asing memberi kesan implikasi yang besar terhadap struktur politik, ekonomi, hubungan sosial dan budaya.
Penjajahan bermula dengan Portugis (15111641) diikuti belanda (1641-1824), kemudian Inggeris (1824-1941) dan Jepun (1942-1945)
Setelah Jepun tewas Komunis Malaya mengambil peluang berkuasa di Tanah Melayu selama 14 hari. Kemudian ditewaskan dan British kembali berkuasa.  TM mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Zaman Penjajahan (1511-1957)
 Portugis (1511-1641)
Portugis menjajah selama 130 tahun, hanya menakluk Melaka
Membina kota A Famosa dan menjadi kubu kuat
Rakyat tempatan murtad disebabkan ajaran Kristian oleh Portugis

Belanda (1641-1824) 
1597, Belanda menyerang Kota Portugis Melaka
1606, Johor dan Belanda berpakat untuk kuasai Melaka, namun gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa
1636, kapal Belanda memusnahkan kapal Portugis
14 Jan 1641, Belanda berjaya menguasai Melaka.
Hanya mahu berdagang pada mulanya
Setelah menubuhkan SHTB, ingin menguasai perdagangan rempah dan bijih timah dari Portugis Portugis dikalahkan dengan bantuan kerajan Johor
Kesan -Kepulauan terbahagi kepada 2 di   bawah kuasa British dan Belanda   -Nusantara terbahagi kepada 2  iaitu   Malaysia (jajahan British dan    Indonesia (Jajahan Belanda)

Kronologi penjajahan British di Tanah Melayu 
1786- Francis Light menduduki Pulau Pinang
1819- Stamford Raffles menduduki Singapura
1824- memperolehi Melaka melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Wujud negeri selat (Melaka, Singapura, Pulau Pinang.
1874- Campur tangan Inggeris di Perak, Selangor dan Sungai Ujong.
1875- Sultan Brunei menyerahkan hak pemerintahannya di Sabah kepada Inggeris
1878- Sultan Brunei menyerahkan Sabah kepada Inggeris.
1888- Campur tangan Inggeris di Pahang 1895- Menubuhkan NNMB melalui perjanjian persekutuan (Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Setiap negeri ada penasihat atau Residen 1909- British memperolehi Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
1914- Johor menerima penasihat Inggeris. British berjaya menguasai keseluruhan TM
1945- Menubuhkan Pentadbiran Tentera British (BMA)
1946 -  Menubuhkan Malayan Union  
         - mendapat tentangan orang Melayu  
         - Penubuhan UMNO 11 Mei 1946
 1948- Persekutuan TM terbentuk

Kependudukan Jepun (1942-1945)
Perang dunia kedua
Jepun ingin membebaskan negara-negara Asia di bawah jajahan Barat dengan Slogan “Asia Untuk Asia”.
Jepun banyak bawa keburukan namun ia mewujudkan semangat nasionalisme untuk membebaskan diri dari cengkaman penjajah.
Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki menyebabkan Jepun berundur.
Kesan kependudukan
-Inflasi
-Kebuluran
-Wabak penyakit
-Permusuhan antara melayu dan cina
-Kemunculan parti Komunis Malaya

Pengisytiharan Darurat
Selepas Jepun berundur, PKM kembali dan memerintah selama 14 hari
British kembali semula untuk memulihkan keadaan dengan mewujudkan Rancangan Briggs dan Templer.
undang-2 darurat 1948 membolehkan Polis menahan sesiapa sahaja yg disyaki, mengadakan sekatan jalan raya dan memperkenalkan sistem pengenalan diri.
Rundingan dengan PKM di adakan di Baling, Kedah Wakil kerajaan (Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock  - wakil PKM Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin. Rundingan ini gagal dan PKM diharamkan.

Menuju Kemerdekaan
Merupakan perkembangan nasionalisme atau perjuangan untuk mendapat kemerdekaan. Perjuangan kemerdekaan terbahagi kepada 3 tahap iaitu :  Penentangan bersenjata/berdarah Perjuangan melalui Akhbar dan majalah  Perjuangan melalui persatuan/politik


MINGGU KE 7 (25/10/2016)

BAHASA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.

Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda.

Perkara 152. Bahasa kebangsaan:

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa—
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih—
(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan
(b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkanoleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:
Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Wujudnya Perkara 152 sebenarnya mempunyai rasional tersendiri, antaranya ialah:
1.       Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum
2.       Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya
3.       Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan
4.       Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.


MINGGU KE 8 (2/11/2016)

TUJUAN PEMBANGUNAN EKONOMI DI MALAYSIA

 1) MEWUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN
      Dengan adanya pembangunan ekonomi yang pesat dan berkembang, masyarakat boleh mendapatkan pekerjaan kerana pembangunan ekonomi mulai berkembang dan menwujudkan peluang pekerjaan yang diperlukan oleh masyarakat.

2)MENINGKATKAN PENDAPATAN NASIONAL
      Kerana semakin banyak industri baru yang muncul maka ia boleh menyumbang kearah peningkatan pendapatan negara. Hal itu kerana, industri yang muncul akan mempengaruhi cukai nasional sehingga pendapatan di Malaysia  akan naik.

3)MENSEJAHTERAKAN RAKYAT
      Kerana pembangunan ekonomi yang tinggi, kesejahteraan masyarakat menjadi meningkat. Ini kerana, tingkat pendapatan masyarakat meningkat dan kurang masyarakat yang menganggur. 

4)PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
      Dengan ada nya pembangunan ekonomi yang terus berkembang  maka ia mendorong terciptanya perkembangan teknologi yang pesat dan juga disertai dengan perkembangan ilmu pengetahuan yang boleh digunakan sebagai pengimbang dari pertumbuhan pembangunan ekonomi di Malaysia. 

5)MENGURANGKAN JUMLAH PENGANGGURAN 
      Kerana pesatnya pembangunan ekonomi serta banyaknya sektor industri yang memerlukan pekerja untuk pebagai posisi membuatkan pengangguran di suatu negara berkurang. Sektor industri itulah yang membuat jumlah pengangguran semkain berkurang jumlahnya. 

6)MEMPERBAIKI TAHAP PENDIDIKAN 
      Pendapatan masyarakat yang meningkat membolehkan masyarakat menyekolahkan anak mereka sehingga ke peingkat yang tinggi. 
 


        MINGGU KE 9 (8/11/2016)
     
     PROSES DEMOKRASI DALAM POLITIK MALAYSIA

     Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dengan kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik.

‭      Demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah bercorak ‬Demokrasi Berparlimen dimana wakil-wakil yang dipilih oleh ‬rakyat tadi akan menduduki Parlimen yang menjalankan ‬pemerintahan melalui peruntukan Perlembagaan ‬Persekutuan.‬ Terbahagi kepada lima iaitu raja berperlembagaan, perlembagaan, parlimen, pilihan raya dan kebebasan asasi.
      
    Raja Berperlembagaan

Satu ciri unik dalam pemerintahan Malaysia ialah institusi Raja Berperlembagaan yang bermaksud
sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri
Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara
tertentu Yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.
Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan
buah Negeri Melayu secara bergilirgilir.
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.Yang
di- Pertuan Agong Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. Tonggak negara
dan Ketua Utama Negara.Merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.
Sistem ini malah membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping
memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat serta rakyat yang dinaungi oleh raja.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada
sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang,
Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan
Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan,
pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam
Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa
negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang
Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah
diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri
masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri
negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda
adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas
dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi
Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau
Ketua ketua Menteri.



Perlembagaan

Merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah negara.
Perlembagaan  rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan
kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
Pemerintahan Malaysia bercirikan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan  secara langsung
menjadikan perlembagaan sebagai undang -undang tertinggi yang  menjadi asas kepada pembentukan
sesebuah kerajaan.
Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala  peraturan dan prinsip
sebagai panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasanya  dan mentadbir Negara.
Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan  hal ini menjamin
kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung didalamnya.
Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi  183 perkara.
Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan  Persekutuan dan
Kerajaan NegeriInstitusi Yang diPertuan AgongParlimen, Jemaah  Menteri dan Badan Kehakiman.
Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuanPerlembagaan Malaysia telah
membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia diberikan hakkuasa dan  tanggungjawab
seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri.

Parlimen

Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuandan ia membuat undang-undang
yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.
Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang
persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan
meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Pemerintahan Malaysia yang
bercirikan demokrasi berperlimen dan raja berpelembagaan yang unik kerana Parlimen Malaysia
terdiri daripada tiga komponen:-
· Yang Di-Pertuan Agong
· Dewan Negara
· Dewan Rakyat
Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang tersendiri.
Terdapat berbagai nama yang diberikan untuk menggambarkan bentuk pemerintahan sesebuah
negara seperti demokrasi, sosialismonarki dan lain-lain. Dalam sistem berkenaan, terdapat jenis
pemerintahan yang membenarkan penglibatan rakyat dalam mengurus dan mengemudi
pemerintahan negara.
Sementara itu terdapat juga pemerintahan yang tidak memberi ruang kepada rakyat untuk terlibat
dalam urusan pemerintahan negara.
Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan
kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan
kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasikerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat”.
Unsur penting dalam demokrasi ialahpemerintahan rakyat”. Dalam sistem demokrasi yang
berkuasa ialah rakyat. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Dalam
autokrasi, rakyat tidak boleh bersuara dan tidak dibenarkan terlibat dalam urusan pemerintahan
negara.


Yang Di-Pertuan Agong

Sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan atau bahagian kerajaan
iaitu Badan Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintahan (Eksekutif), Badan Kehakiman  (Judisiari
Baginda mempunyai peranan penting dalam proses undang-undang
Sebagai ketua Badan Pemerintahan, Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri dan menteri
menteri lain, serta hakim, duta-duta Malaysia dan seumpamanya
Sebagai sumber keadilan, baginda mempunyai kuasa mengampun bagi kesalahan yang dibicarakan
dalam Mahkamah Tentera (Yang di Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan
Bersenjata), kesalahan-kesalahan sivil yang telah dilakukan dalam wilayah persekutuan
Yang di-Peruan Agong mewakilkan tugasnya kepada orang atau suruhanjaya yang dilantik oleh
Baginda. Jadi, pada praktisnya Yang di-Pertuan Agong hanya menjadi payung dan paksi bagi
menjamin keobjektifan dan keneutralan perjalanan sistem pemerintahan
Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa mutlak. Prinsip 'bertindak atas nasihat' (Perdana
Menteri atau Jemaah Menteri) yang jelas termaktub dalam Perlembagaan menjamin hak Yang di
Pertuan Agong untuk mendapatkan segala maklumat yang baginda mahu


Dewan Negara

Mempunyai 70 orang ahli yang terdiri daripada 2 kategori:-‬
§26 orang ahli adalah dari 13 buah negeri, setiap negeri diwakilioleh 2 orang ahli. Ahli-ahli ini adalah
dipilih oleh Majlis Undang undang Negeri di bawah perkara 45(1) (a) Perlembagaan Persekutuan
§44 orang ahli yang dilantik Yang di-Pertuan Agong, termasukdua orang ahli dari Wilayah
persekutuan Kuala Lumpur dan seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan

Kedudukan ahli Dewan Negara :-‬
§S‭eorang ahli menyandang jawatannya selama tiga tahun dan tempoh itu tidak terjejas oleh
pembubaran Parlimen
§Perlantikan ahli-ahli Dewan Negara kategori pertama dilakukanoleh Dewan Undangan Negeri
§Ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan
§Agong biasanya terdiri daripada orang-orang yang telah berjasa dalam perkhidmatan awam.
§ Ahli-ahli Dewan Negara memilih seorang Yang di-Pertua danseorang Timbalan Yang di-Pertua
daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan Majlis


Dewan Rakyat
Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya.
Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan rayaSetiap ahli Dewan Rakyat memegang
jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan raya baru diadakan   


Pilihan Raya

Aksi atau tindakan seseorang warganegara yang cukup syarat-‬syaratnya itu membuang undi atau
memilih calon atau wakil ‬yang pada pertimbangannya boleh dan berupaya mewakili komuniti dalam
sesuatu kawasan pilihan rayanya.‬
‭Proses pemilihan wakil ini dinamakan mengundi. Keseluruhan ‬proses yang bertujuan untuk
menentukan calon mana atau partimana yang menang atau membentuk kerajaan itulah yang
dikenali sebagai pilihanraya.‬
Pengundian dilakukan secara rahsia dan bebas. Ini bermaknatiada sesiapa yang mengetahui siapa
yang dipilih olehseseorang pemilih.‬
Pilihanraya adalah penting kerana ia memberi mandat danpeluang kepada rakyat untuk memilih
wakil mereka di dalamKerajaan. Ini bersesuaian dengan prinsip kebebasan seseorangrakyat.‬
‭Di Malaysia terdapat dua jenis pilihanraya iaitu pilihanraya kecildan pilihanraya umum. Pilihanraya
umum diadakan untukseluruh negera untuk tempoh lima tahun sekali manakalapilihanraya kecil
tidak mempunyai jadual masa tertentu dantidak memerlukan pembubaran salah satu Dewan di
Parlimen
Dari segi prinsipnya, pilihan raya umum diadakansetiap lima tahun sekali. Namun demikian, pilihan
raya boleh diadakan sebelum sampai tempoh tersebut.
Dalam kedua-dua keadaan ini, Parlimen perludibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
atau permintaan Perdana Menteri bagi peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri pula dibubarkan
oleh Raja/Yang Dipertua Negeri atas nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri.
S‭ebaik sahaja Parlimen dibubarkan, pilihan raya perlu ‬‬diadakan dalam masa 60 hari bagi
S‬emenanjung Malaysia dan 90 hari bagiS‬abah danS‬arawak
Tempoh ini memadai bagi pihak yang bertanding bersiap sedia,berkempen dan membentuk strategi
strategi tertentu dengan mengikut peraturan-peraturan atau undang-undang yang ditetapkan.
Dari segi praktiknya, jangka masa selama lima tahun ini adalahsesuai. Ini kerana perbelanjaan untuk
mengadakan satu-satu pilihanraya umum amatlah besar dan ia melibatkan wang negara yang sudah 
tentu wang rakyat juga.
‭Dari aspek lain, adalah munasabah bahawa pihak kerajaan atauparti yang baru mendapat mandat
rakyat untuk memerintah tidakmenghadapi pilihanraya berikutnya begitu cepat.
Pilihan raya kecil diadakan bila berlaku kematian Wakil Rakyat atauAhli Dewan Undangan Negeri
yang mewakili sesuatu kawasanParlimen atau Dewan Undangan Negeri atau kekosongan kerusiatas
sebab tidak menghadirkan diri dalam persidangan untuk satutempoh yang ditetapkan.‬


Kebebasan Asasi

Prinsip demokrasi yang di Malaysiamengutamakan soal kebebasan asasisetiap individu.
Perlembagaan menyatakan setiapwarganegara mempunyai hak dankebebasan tertentu tetapi
kebebasanini juga ada hadnya sepertikebebasan bersuara, berhimpun,berpersatuan dan bergerak‬.
Terbahagi kepada dua bahagian iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan bersyarat. Kebebasan mutlak
adalah kebebasan yang tidak bersyarat.Manakala kebebasan bersyarat pula berlandaskan kepada
peraturan tertentu.

ISU SEMASA

ISU SEMASA : “PERHIMPUNAN BERSIH 5.0”

Perhimpunan besar BERSIH 5 telah dijalankan pada Sabtu, 19 November 2016.

                 Gabungan pro-reformasi sistem pilihan raya BERSIH 2 mengumumkan himpunan itu kali ini akan bertemakan "Satukan Tenaga, Malaysia Baru!" Pengerusinya Maria Chin Abdullah juga berkata beberapa acara konvoi seluruh negara akan dianjurkan menjelang himpunan itu, bermula 1 Oktober. Beliau berkata Bersih 2.0 akan melancarkan Konvoi Bersih di seluruh negara bermula 1 Oktober dengan kemuncaknya pada perhimpunan Bersih 5 itu nanti. Konvoi tersebut akan bermula dari enam kawasan di seluruh negara, iaitu dari Utara, Selatan, Timur dan Barat di Semenanjung Malaysia, dan di Sabah dan Sarawak. Konvoi BERSIH 5 akan bergerak menuju ke Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu .
               Perhimpunan kali ini menuntut lima perkara dilaksanakan, antaranya mengadakan pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah, dan memperkasa Sabah dan Sarawak. Objektif utama Konvoi Bersih adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang tuntutan Bersih mengenai reformasi institusi dan keparahan krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menuntut siasatan bebas ke atas skandal 1MDB.

1MDB

               1MDB iaitu singkatan daripada 1Malaysia Development Berhad yang ditubuhkan kerajaan bertujuan mengumpul modal bagi pembangunan projek berimpak tinggi dengan cara melakukan pelaburan dalam projek-projek strategik yang berimpak tinggi.

VISI    :   Untuk menjadi pemangkin strategik bagi idea dan sumber pertumbuhan baru
MISI : Untuk memacu pertumbuhan ekonomi mampan menerusi jalinan kerjasama global strategik dan usaha menggalakkan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI)

                  Salah satu projek pembangunan 1MDB adalah seperti Tun Razak Exchange (TRX) dan projek kembarnya Bandar Malaysia, yang bukan sekadar projek-projek hartanah biasa.
                Pembangunan hartanah strategik menjadi alat bagi mewujudkan kesan pengganda tinggi dan memacu ekonomi yang bertenaga. Projek-projek terbabit umpama “blok binaan” yang dapat membantu membentuk Kuala Lumpur sebagai sebuah destinasi bandaraya global yang cukup teguh bagi pelabur dan pelancong.

TUN RAZAK EXCHANGE (TRX) bakal menjadi hab kewangan dan ekonomi antarabangsa, dan turut mempromosikan Malaysia sebagai pusat pembangunan ekonomi global baharu.

        Projek pembangunan seluas 70 ekar di tengah-tengah bandaraya KL ini berhasrat menghimpunkan pemain sektor ekonomi dan kewangan, di mana Tun Razak Exchange akan menjadi pemboleh untuk langkah pembangunan seterusnya – sebagai destinasi ikonik dan contoh kerjasama yang lebih mudah.

                   Krisis 1MDB tercetus disebabkan kerugian yang telah terbongkar sebanyak RM42 billion dan ianya menjadi persoalan rakyat mengapa terjadinyan kerugian. Selain itu, susulan dari krisis ini juga, ramai pihak tampil membuat andaian bagaimana kerugian ini boleh berlaku. Objektif Bersih 5.0 kali ini juga adalah tertumpu kepada meningkatkan kesedaran rakyat untuk lebih mengambil berat tentang isu krisis 1MDB yang masih tidak ada penyelesaian.


PESAKA

             Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) akan menganjurkan Himpunan Rakyat Bersatu (atau dikenali sebagai himpunan ‘baju merah’) pada 16 September 2015.
            Presidennya, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, Pesaka menjadi penganjur kerana rasa tercabar dengan tindakan peserta Himpunan Bersih 4 hujung bulan lalu yang menggunakan demonstrasi jalanan sebagai kaedah untuk mencapai objektif mereka.

Himpunan Rakyat Bersatu menggariskan lapan objektif utama himpunan ini dijalankan :

1. Menzahirkan amaran keras supaya jangan menghina pemimpin Melayu dan menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan.
2. Menghimpun umat Melayu bagi menunjukkan solidariti sekali gus mendokong teras dan keadilan sosial seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
3. Mendesak Kerajaan supaya bertindak tegas kepada pengkhianat negara yang memfitnah serta mempertikaikan kredibiliti Kerajaan dan mahu menjatuhkan pentadbiran yang telah dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem pilihanraya.
4. Mendesak Kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran tanpa kompromi untuk memupuk perpaduan dan toleransi ke arah pembentukan bangsa Malaysia.
5. Menuntut Kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar seperti yang dijamin oleh Perlembagaan khususnya di dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan pembelaan dan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.
6. Menyarankan kepada Kerajaan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan sebagai satu langkah dalam usaha-usaha Kerajaan untuk memastikan tahap keselamatan dan keamanan serta ketenteraman dalam negara sentiasa terjamin.
7. Memupuk dan menzahirkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam jati diri rakyat demi menuju ke arah satu perpaduan nasional yang mantap.
8. Memastikan tiada lagi pehimpunan seperti Bersih di masa-masa akan datang.




   















No comments:

Post a Comment