Apa yang dapat saya pelajari hari ini ialah berdasarkan ayat al-quran surah al-imran ayat 103, tali Allah yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah Al-quran dan agama islam. Ayat ini menerangkan bahawa selagi mana kita berpegang teguh dengan Al-quran dan agama Islam, ukhuwwah islamiyyah yang terjalin antara saudara sesama Islam akan tetap teguh (berdasarkan kisah kaum aus dan khazraj setelah kedatangan Islam) dan sesungguhnya kesatuan aqidah mereka menjadi satu nikmat yang paling penting yang telah diberikan Allah kepada mereka. Kita dapat lihat, perpaduan dapat diwujudkan antara dua kaum yang saling berbalah setelah kedatangan Islam dan mewujudkan persaudaraan antara masyarakat yang berbilang kaum.
Kesimpulannya, saya berazam untuk kekal beristiqamah dalam menjadikan Al-quran sebagai pegangan saya hingga saya mati. Semoga Allah melindungi saya daripada segala tipu daya syaitan yang sentiasa ingin merosakkan aqidah seseorang hamba Allah .
AIDA KAMALIA
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang ancaman materialisme. Matrialisme bermaksud masyarakat yang lebih mementingkan kebendaan. Antara ancaman matrialisme yang berlaku di negara kita ialah sikap masyarakat yang bersifat materialistik dimana mereka hanya melihat kepada pangkat, harta dan darjat seseorang. Hal sebegini boleh menghasilkan sikap daya saing yang negatif antara satu sama lain dimana setiap orang dalam masyarakat akan bersaing antara satu sama lain untuk mendapat pangkat atau harta supaya mereka akan dilihat sebagai seseorang yang sangat hebat. Selain itu, ia dapat menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perbalahan di kalangan masyarakat disebabkan oleh persaingan yang tidak sihat ini sekaligus akan menyebabkan masyarakat kita tidak bersatu padu untuk membentuk sebuag negara yang aman dan harmoni.
Maka dengan ini, saya berazam untuk sentiasa muhasabah diri daripada terlibat dengan sifat matrialisme ini supaya saya dapat membantu negara kita dalam membentuk satu masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.
SITI AZRANITA
Pada hari ini saya telah mempelajari
sejarah tertubuhnya Universiti Teknologi Mara atau lebih dikenali sebagai UiTM
sekarang. Sejarah Universiti Teknologi Mara bermula sebagai Dewan Latihan RIDA
yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Tidak lama
kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah
Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini
terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA,
hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut
Teknologi MARA (ITM). Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf
menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada
26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti
Teknologi MARA (UiTM).
Maka dengan ini saya berazam untuk lebih
mengetahui sejarah dan latar belakang UiTM dimana disinilah tempat saya menimba
ilmu, kemahiran dan pengalaman. Saya akan menghargai, menghormati, dan menyayangi
UiTM yang dah banyak membantu saya dalam meningkatkan taraf hidup saya.
NUR AIN AMIRA
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang penghayatan rukun negara berkenaan keluhuran perlembagaan. Perlembagaan negara merupakan sumber perundangan tertinggi. Ianya digubal berasakan kesepakatan semua kaum dan semua pihak dinegara ini. Perlembagaan Negara juga merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Maka dengan ini, saya sebagai rakyat Malaysia akan menerima, mamatuhi dan mempertahan kan keluhuran atau kemulia Perlembagaan Negara. Saya akan cuba lebih memahami isi kandungan rukun negara dan juga perlembgaan negara.
NUR AIN AMIRA
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang penghayatan rukun negara berkenaan keluhuran perlembagaan. Perlembagaan negara merupakan sumber perundangan tertinggi. Ianya digubal berasakan kesepakatan semua kaum dan semua pihak dinegara ini. Perlembagaan Negara juga merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Maka dengan ini, saya sebagai rakyat Malaysia akan menerima, mamatuhi dan mempertahan kan keluhuran atau kemulia Perlembagaan Negara. Saya akan cuba lebih memahami isi kandungan rukun negara dan juga perlembgaan negara.
NURSHAMIRA
Pada hari ini,
saya belajar tentang usaha Rasulullah S.A.W dalam menyatukan kaum di Madinah. Baginda
Rasulullah S.A.W merupakan pemimpin yang adil dan baginda menggunakan Al-quran
dan hadith sebagai oegangan dan panduan mentadbir negara. Hal ini menjadi
faktor pentimng dalam melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira
bangsa dan agama. Saya tertarik tentang usaha Rasulullah S.A.W dalam menyatukan
masyarakat Madinah dengan cara menggubal Piagam Madinah yang merupakan
undang-undang bertulis yang pertama. Antara perkara penting didalam Piagam
Madinah dalam menjadi asbab oenyatuan masyarakat Madinah ialah, masyarakat Madinah
wajib hidup bermsyarakat dan bebas mejalankan aktiviti ekonomi bagi mengelakkan
mana-mana kaum memonopoli ekonomi Madinah pada ketika itu. Hal ini membawa
kepada keharmonian dalam kalangan masyarakat Madinah selain mengukuhkan ekonomi
Madinah. Seterusnya, Rasulullah S.A.W mengharamkan masyarakat Madinah untuk
menghulurkan bantuan kepada musuh negara dan mereka bertanggungjawab dalam
memelihara keamanan dan keselamatan negara.
Usaha Rasulullah
S.A.W sangat memberi berharga, oleh itu, saya berazam untuk menghargai usaha
Rasulullah S.A.W dalam mengekalkan keamanan masyarakat Madinah dengan mendalami
lebih banyak sejarah2 Rasulullah S.A.W.
NUR AININA AIMI
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang usaha-usaha
Rasulullah SAW untuk menyatukan kaum di Madinah. Antara usaha yang telah
dilakukan oleh baginda adalah dengan membina masjid, memperkenalkan Piagam
Madinah, menyatupadukan kaum Aus dan Khazraj, mempersaudarakan kaum Muhajirin
dan Ansar, mengambil tindakan memerangi serta menghalau dan menghukum golongan
yahudi yang melanggar Piagam Madinah, memperkenalkan sistem ekonomi yang adil
serta menghapuskan sebarang bentuk penindasan khususnya amalan riba.
Kepimipinan Rasulullah SAW menunjukkan bahawa baginda adalah bukan sahaja
seorang nabi dan rasul tetapi baginda juga merupakan seorang tokoh negarawan
yang unggul. Maka dengan ini saya berazam untuk menjadikan baginda sebagai
seorang role model dari aspek kepimpinan kerana baginda telah berjaya
mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan kuat.
No comments:
Post a Comment